Sabtu, 18 Jun 2011

MUHYIDDIN DAN HISHAMUDDIN PATUT DITAHAN DI BAWAH AKTA ISA!!!


Kedua-dua Pok Mat Lachap ini patut diheret dan ditahan dibawah akta ISA sahaja, kerana menghalang rakyat dari mengamalkan sistem demokrasi...Kraahh krahhh krahhh apple lerrrr!!!

John Jiddin dan Hishan Cotek itu selalu mengganggu setiap agenda yang cuba dibawa kepada masyarakat. Sebenarnya semua orang pun dah tahu UMNO kini Gerun menghadapi Bersih 2.0. Mengapa polis juga yang lebih arif dari segi perundangan juga turut menyokong dua mamat lachap ini. Padahal perhimpunan yang akan dilaksanakan adalah secara aman. Tetapi mengikut UMNO dan polis yang selama ini tidak pernah percaya dengan pembangkang tetap mahu cuba menghalang sebarang aktiviti yang langsung kelihatan tidak menyebelahi mereka sama sekali.

Sebenarnya polis ini malas bekerja, mereka lebih suka mencari kes-kes yang senang sahaja, sebab itu mereka menentang Bersih 2.0 in. Sepatutnya polis yang diberi gaji setiap bulan menjalankan kerja mereka dengan betul. Mereka sepatutnya mengawal sekiranya Bersih ini memang tidak bersih, bukannya terus menghalang daripada rakyat menunjukkan dan menggambarkan perasaan mereka kepada kerajaan. Itu sahaja. Jadi polis tak perlu gelabah sebenarnya. Kecuali jika anggota polis yang kaki mengampu dan menyokong kerajaan UMNO kerana inginkan kenaikan gaji dan pangkat peribadi semata-mata. Apa salahnya jika hasrat ini dilaksanakan.

Kesimpulan yang paling jelas ialah sepatutnya orang yang menghalang sebarang bentuk amalan demokrasi di negara ini patut sahaja ditahan di bawah ISA. Tak kiralah sama ada dia itu siapa...ini baru betoii...



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code