Perkasa yang di ketuai oleh Ibrahim Ali atau lebih dikenali dengan nama BJ kalau dikampungnya (iaitu Brahim Juling) bersama Zulkifli Nordin atau nama jolokan di kampungnya Zul Kulum (ZK) kerana suka menjilat dan mengulum apa saja makanan sebelum ditelannya, mewakili satu team. Dikenali sebagai BJ And The Bear.
Pada masa yang sama KJ (Kerja Jahat/Kaki Jilat) kerana dikatakan oleh penyokongnya sendiri suka melakukan kerja-kerja jahat serta selalu menjilat dan menghidu segala najis ini mewakili barisan Pemuda Umno dan membentuk satu team. Kesemua team yang bakal turun dengan berbagai warna adalah sebanyak 5 kumpulan keseluruhannya dan dijangka lebih.
Mengapa PERKASA DAN PEMUDA bising bila NGO ingin mengadakan perhimpunan Bersih 2.0?
Ini adalah disebabkan ketiga-tiga gandingan desperado ini adalah manusia-manusia kecewa dan terbuang oleh Umno, malah cuba bangkit semula dengan menciptakan operasi untuk mendapatkan sesuatu yang dikenali sebagai umpan bagi membuka mata kerajaan pimpinan BN. Modus operarandi yang dikenali sebagai "Tumpang Sekaki" ini sudah tentu akan melonjakkan nama ketiga-tiga pesalah trafik ini.
Tanpa rasa bersalah malah bangga pula menghasut orang ramai supaya menentang Bersih ini, yang didakwa Umno didalangi oleh pembangkang. Walau dengan jelas mesej yang disampaikan oleh penganjur Bersih adalah di atas tiket NGO, cuma kebetulannya disokong oleh pembangkang.
Jadi 3 Mamat Kotor Kaki Jilat (MKKJ)ini mengambil keputusan untuk membuat bising dan menghalang perjalanan murni Bersih 2.0 untuk berjaya dan lancar. Sebenarnya (MKKJ) ini menentang Bersih 2.0 atas beberapa faktor iaitu:
BJ kencing kutsir(suka-suka dia) |
Justru untuk mencapai cita-citanya, BJ telah lama mengintai peluang yang terbaik untuk bertindak agar dirinya dapat disensasikan dan menjadi satu kenangan serta memberi jasa besar kepada Umno. Umno pula yang kini mula terhutang budi dengan sikap BJ lalu membalasnya dengan memberi suaka dan kebal di sisi undang-undang dengan bertaklik di sebalik pelbagai alasan dan sebab. Umno mula melihat kembali perjuangan Perkasa sebagai orang yang berjuang di pihaknya. Inilah sikap Perkasa yang sebenar, cuba mencari situasi yang strategik untuk menonjolkan diri, sebab itu jika kita lihat dalam isu-isu seperti kecil dan berpihak kepada Melayu seperti isu kenaikan harga barang, isu yang berkaitan insenarator, isu Felda dan sebagainya Perkasa tidak muncul. Sebab baginya perjuangan itu hanya membangkitkan kemarahan Umno dan cita-citanya untuk menjadi PM semakin berkubur.
2. Begitu juga dengan Zulkifli Noordin atau ZulKulum. Mengapa begitu gah berjuang menentang bersih? Padahal jika dilihat sejarahnya dulu, Zulkulum ini seorang yang kuat menentang Umno dengan mengedarkan kaset isu murtadnya ke serata pelusuk tanah air. Termasuk Johor dan Singapura. Zulkulum juga dalam setiap ceramahnya dengan jelas membenci Mahathir dan menganggap Mahathir sebagai Perosak Bangsa Melayu yang unggul. Walhal Mahathir tak pernah kenal pun siapa Zulkulum ini, hanya ZK sahaja yang membenci Mahathir tapi Mahathir tidak pernah kenal akan siapa seekor ini yang mengutuknya dengan begitu teruk sekali.
Tapi kini mengapa Zulkulum sudah mula menyukai Mahathir dan Umno. Mengapa? Sebabnya mudah kerana melanggar disiplin parti, isu yang dikaitkan ialah "Kalimah Allah". Itu sahaja, ZK juga sering mengkritik parti sendiri,
Saifuddin Nasution berkata:
"Kita tak hukum dia kerana perbezaan pendapatnya dengan parti, tetapi the moment kamu (Zulkifli) buat laporan polis ke atas parti sahabat, itu menjejaskan kerjasama pakatan, then you already cross that red line, and we take action against you on that (kamu telah melewati batas dan kami mengambil tindakan terhadap kamu kerana itu). Itu saja." jelasnya.
Lantaran itu Zulkulum mula berpaling tadah dan mengisytiharkan dirinya keluar PKR, dengan kata lain untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa, itu sahaja dalam minda Zulkulum. ZK mula mengorak langkah ke arena politik dengan menentang Umno, kini mula mencintai Umno. Cita-cita Zulkulum tidak begitu tinggi seperti BJ, Zulkulum merasakan jika dia dapat menggantikan denga si Nazri Aziz di JPM pun sudah memadai. Kuasanya sudah cukup besar untuk mencapai harta kekayaan dunia.
Jadi Zulkulum ini jika dilihat semakin menghampiri Najib sebagai 'tunjuk muka' pada bos baru. Konon Zulkulum kini sudah mempunyai bos yang baru, dia sanggup mengekori bos ke mana sahaja bos pergi, baru-baru ini ke luar negara bersama bos. Takkan sekiranya bos menghadapi sedikit sahaja kegoyahan Zulkulum tak mahu tolong? Oleh itu untuk menunjukkan kesetiaan dan 'suka'nya ZK kepada bosnya sebagai tanda 'salute'. Dulu ZK pernah terlibat dengan menuduh Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Mungkin sebab nak tebus dosa itu kut maka dia kembali memuja Najib. ZK akan mengulum dan menjilat apa sahaja demi bos barunya. Antara peluang dan ruang yang terhidang di depan mata sebagai satu hidangan klasik yang sangat digemarinya. Sebagai menunjukkan rasa terharunya kepada bos barunya. Maka sudah tentu ZK tidak akan menoleh ke belakang lagi. Peluang menyapu Bersih 2.0 dengan sekotor-kotornya seakan menjadi satu pletform untuk sekali lagi ZK menonjolkan diri kepada ketuanannya iatu aliran 'Al Najuborosme' yang dikatakan betul oleh ZK. Sebab itu ZK mengamuk habis.
3. Khairy Jamaluddin KJ Kerja Jahat/Kaki Jilat ini sudah biasa dengan kerja-kerja sebegini. Apa tidaknya. Maklumlah tak lebih untuk menunjukkan kejantanannya setelah tidak mendapat apa-apa dalam karier politiknya. Bukan tak dapat projek, tapi tak dapat maksud sebenarnya seperti jawatan berstatus menteri, sebaliknya musuhnya yang kalah dapat memegang sekurang-kurangnya timbalan menteri. Perjuangan KJ yang dilihat tidak mendapat apa-apa restu dari pucuk pimpinan parti tidak lebih hanyalah untuk menguji sejauh manakah 'powernya'.
Aku pun kotor jugak... |
Ketiga-tiga samdol ini berjuang untuk mencari nama dan peluang sahaja bukan benar-benar ikhlas, kalau ikhlas mengapa tidak menyokong bersih, sebabnya mereka ini tidak berani malah menjadikan Bersih 2.0 sebagai satu platform buat mereka. Apa pun Bersih 2.0 mesti bangkit...ayoh kita sama-sama berjuang untuk menentang sebarang najis yang terpalit dalam sistem pilihan raya negara ini....Ayo...
0 comments:
Catat Ulasan