Sabtu, 18 Jun 2011

Kapal terdampar akibat tsunami cuba dipindah ke laut

KAPAL yang terdampar di Kesennuma akibat dibawa tsunami yang melanda wilayah Miyagi,
timur laut Jepun sejak tiga bulan lalu.
KESENNUMA (Jepun): Usaha bermula untuk menghantar lebih sedozen kapal yang terdampar dekat kediaman penduduk di bandar Kesennuma selepas dihanyutkan tsunami Jepun pada Mac lalu dengan kipas dan bahagian perutnya jelas dilihat, kembali berlabuh di laut.


Tugas yang sukar dan kos yang tinggi untuk memindahkan kapal terbabit selain sisa peninggalan tsunami itu menjadikan ia terdampar di Kesennuma lebih tiga bulan.
Beberapa pemilik cuba berunding harga kos dengan syarikat logistik untuk memindahkan kapal terbabit dalam satu perjanjian membabitkan syarikat insurans yang bersetuju melindunginya.

Masalahnya, selepas bersetuju meletakkan caj secara berkumpulan, harga penghantaran setiap kapal ke laut melebih AS$1 juta (RM3 juta). 

Tetapi, meletakkan semula kapal terbabit kembali beraksi adalah satu tugas penting untuk memulakan industri perikanan Kesennuma selain memulihkan ekonomi serta keyakinan komuniti. 

“Ini adalah sebuah bandar perikanan, jadi jika kapal boleh bergerak dan mula menangkap ikan semula, kami harap ia akan memulihkan keadaan di sini,” kata Keiko Onodera, 67. – AP

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code