Ahad, 5 Jun 2011

ISTERIKU PELACUR KELAS PERTAMA

Ada sesuatu yang mendukacitakan dan ada sesuatu yang menarik harus diambil kira. Pelacur dalam sudut pengertian istilahnya ialah seseorang yang menawarkan perkhidmatan sex dengan sejumlah upah mengikut rupa, teknik layanan dan masa.



Dr Rohaya Mohamed



Rupa-rupanya wanita kini dalam diam tak diam mengagumi pelacur yang sering dianggap hina dalam persepsi masyarakat Islam malah dalam masyarakat jahiliyah sebelum kedatangan Islam lagi sudah meletakkan pelacur dalam posisi yang keji. Boleh dikatakan dunia bertindak menghukum dengan pandangan dan pendengaran akan kekejian pelacur ini.

Namun benarlah kata pepatah "dunia sudah terbalik", kini setelah sekian lama pelacur serta perkhidmatannya yang bermula sejak beribu tahun lalu. Suatu pekerjaan kuno dan konservatif ini, kini telah diberikan taraf kedudukan dan kemuliaan yang tinggi kepada golongan wanita. Ramai perempuan bukan betina yang pintar dan hebat dalam dunia akademik serta moden mengambil pelacur sebagai rule model mereka.

Pelacur ini dalam takrifan pandangan mereka ialah dalam skop yang amat kecil dan sempit. Mereka (KIT)Kelab Isteri Taat hanya mentafsirkan pelacur kelas pertama tadi dari sudut pandangan seksual dan layanan di ranjang sahaja, sekali gus sebenarnya telah menjatuhkan air muka dan maruah isteri-isteri...KIT telah menyamakan taraf isteri seperti pelacur sahaja. Pada mulanya tampak baik tapi jika diselidiki kecurangan dan kepuasan suami bukan dalam bentuk seksual sahaja, kategori pelacur kelas pertama tadi juga merangkumi aspek WAJAH dan RUPA PARAS. Kalau isteri semakin hari semakin tua juga kecurangan lelaki bertambah menebal mencari tapak baru untuk di telapak tangankan.

Apa yang jauh berbeza menurut KIT lagi isteri kita ini 'halal' manakala pelacur itu 'haram'.


Isteri sebeginilah takrifan KIT

Kesimpulan mudah untuk KIT pertimbangkan bukan untuk menjatuhkan maruah isteri yang mulia dengan memberi kursus bagaimana untuk isteri menjadi seorang pelacur kelas pertama. Tetapi pendekatan keimanan dengan memberi kursus bagaimana untuk isteri MERELAKAN SUAMI BERPOLIGAMI. Memberi kebenaran untuk berpoligami juga merupakan satu ciri ketaatan isteri yang sangat mulia, bukan menjadikan isteri kita PELACUR KELAS PERTAMA.

POLIGAMI YANG HALAL di sisi agama juga dapat mengelakkan gejala kecurangan, kegagalan rumah  tangga, suami mencari hiburan di luar, pembuangan bayi dan sebagainya yang menjadi teras ketakutan KIT lantaran itu tertubuhnya Kelab Isteri Taat ini...Sekian!



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code