Ahad, 19 Jun 2011

Gaji Minimum Dijangka Dilaksana Sebelum Akhir Tahun 2011

Berita mengenai gaji minimum yang bakal dilaksanakan dah lama kita dengar.Namun kali ini, berita
mengenai pelaksanaan gaji minimum telahpun dibincangkan dengan lebih serius hasil daripada mesyuarat Perdana Menteri dengan menteri berkaitan dan dijangka bakal dilaksanakan akhir tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan   Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan pelbagai isu berbangkit.
“Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini,” katanya berucap pada majlis makan malam sempena Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
“Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak,”
Gaji minimum yang dibincangkan adalah sebanyak RM900, dimana kalau diikutkan graf sekarang, hampir 34%  daripada seluruh pekerja  swasta di Malaysia yang berjumlah hampir 5.5 juta orang menerima gaji di bawah paras kemiskinan.Kami sememangnya menyambut baik usaha kerajaan ini.Kami juga berharap agar pelaksanaannya juga biarlah menyeluruh.
Tak nak nanti masih ada lagi majikan yang tak mahu ikut gesaan kerajaan ini.Maklumlah, walau segala macam undang-undang diperkenalkan, ada sahaja segelintir manusia yang tak akan ikut.Jadi, kami berharap agar kerajaan benar-benar mempratikkan kadar gaji minimum ini.Terutamanya, bagi pekerja swasta.
Namun begitu, ada sedikit persoalan juga yang ingin kami kongsikan bersama.Adakah pelaksanaan gaji minimum ini hanya menyeluruh kepada pekerja baru atau pun pekerja swasta yang sudah lama bekerja? Bagaimana pula dengan nasib kakitangan awam yang bergaji rendah? Adakah akan berlaku kenaikan gaji untuk kakitangan awam tahun ini? Sama-sama kita bincangkan.

Source: Berita Semasa

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code