Label dan gelaran Awang Selamat yang konon mengaku dirinya pahlawan melayu kini meraung dan menyembah-nyembah untuk masuk Pas..krahh krahhh kraahhh apleeer!!
Namun malangnya Pas tidak mengakui akan orang seperti Awang. Awang bukan sahaja suka tipu orang kampung sendiri, bukan sahaja suka mencerca orang bandar, tapi apa yang awang buat lebih teruk dari itu: Iaitu Awang suka tipu diri sendiri.
Awang tidak kisah orang kata apa sekalipun pada dia, apa yang penting Awang boleh berkokok. Itu sahaja yang Awang tahu. Hidup Awang suka berkokok, tiada siapa yang berani mencekik tengkuk Awang agar Awang tak boleh berkokok. Tapi mungkin juga tak ada orang mahu pedulikan lagi kokokan Awang, sebab orang sudah tahu. Itulah Awang, juara kokok juak Umno.
Selama ini Awang berkokok bak Jalak lenteng yang buta mata di tikam taji lawan, Awang lari menggelupur kesakitan dalam kekalahan. Sudah lama Awang tidak berkokok, Awang mula menyesal menjadi ayam yang bisu, Awang tekad, Awang akan bangkit sekali lagi dengan kokokan berbisa. Sahut hati Awang.
Awang kini bangkit semula dengan kokokan tapi sebaliknya kini suara Awang sudah bertukar...
Awang kini bukan lagi berkokok...Tapi Awang kini MENYALAK, Awang sendiri terkejut kenapa tiba-tiba suara Awang sudah bertukar.
Tapi tak apa, Awang tak kisah. Awang rasa lebih seronok menjadi anjing dari menjadi ayam. Awang kata ayam hanya makan tahi sahaja, tapi kalau jadi anjing mungkin Awang boleh makan Freshkie, Awang minat makanan barat, oleh itu awang rela menjadi anjing walaupun hanya seekor anjing kurap sahaja. Awang sanggup!
Semalam Awang mula menyalak dengan mengatakan: melayu yang menyertai bersih adalah 'dangkal': Awang memulakan karier 'menyalak' dengan perkataan 'dangkal'. Mungkin Awang sekadar mahu mencuba salakan pertamanya.
Kalau dulu Awang suka berkokok kerana itu kerja Awang, tapi kini Awang menyalak pula, sekali fikir biarlah Awang menyalak, sebab satu hari nanti Awang akan insaf dan kini pun mungkin Awang sudah mula insaf sebab itu mahu masuk Pas, Awang dah mula sembahyang lima waktu: Awang dah mula berpuasa, tapi puasa di malam hari, itulah Awang, rukun Islam dia buat cuma tak ikut masa, orang puasa siang dia puasa malam. Tak apalah Awang, mula-mula belajar memeluk Islam memang begitu, susah tapi lama-lama senanglah.
Apakah Awang akan meninggalkan kerjaya 'berkokok' menjadi 'salakan' seumur hidup...Awang sendiri keliru. Padahal Awang sendiri tahu bahawa usianya sudah lanjut, mungkin tak lama lagi Awang akan bersemadi bersama neneknya. Namun Awang tetap bertekad walaupun mati, walaupun di dalam lubang kubur sekalipun Awang akan menyalak, menyalak dengan salakan sekuat Munkar dan Nakir. Itu kata Awang. Awang akan kota!
0 comments:
Catat Ulasan