Anwar: Saya akan minta Bersih batal himpunan jika Najib jamin pilihan raya adil
PS: Anwar diingatkan agar jangan mencemarkan imejnya dengan campur tangan dalam usaha NGO untuk mengadakan BERSIH 2.0. Ini tidak popular dan menunjukkan kekuasaan (HERO)yang lebih berada di tangan beliau. Ini urusan UMNO, yang tidak adil dalam melaksanakan pilihan raya. Jadi biar UMNO yang uruskan perkara ini. Bagi bersih yang berkobar-kobar dengan semangat demonya itu biarlah mereka sendiri yang buat keputusan. Sekiranya Najib berjanji sekalipun untuk memberikan keadilan dalam pilihan raya nanti. bukan PKR tak tahu: Itu cuma cakap dan janji kosong yang selalu menjadi amalan UMPORNO dalam sejarah hidupnya.
Lagipun ini bukan isu politik...jangan jadikan ianya isu politik pula...biarlah UMNO yang diagung-agungkan oleh anda (Anwar)sendiri suatu masa dahulu menguruskan isu ini dengan cara mereka sendiri. Lagipun rasanya peserta Bersih harus faham apa maksud perjuangan dan demo mereka itu. Umno, walau bagaimanapun tidak akan bersetuju dengan BERSIH dan akan menggunakan pelbagai kaedah termasuk 2 orang tukang salak untuk menyalak awal petang tadi.
Tukang salak ini yang mendapat habuan dan peruntukan dana rakyat yang ditaja Umno cuba untuk menunjukkan watak 'hero'konon mereka inilah berani dan berjuang untuk Umno, padahal semua orang sudah tahu kedua ekor ini, seekor katak gomok, seekor lagi kaki kulum dan jilat ini....sekadar untuk mendapat tempat dalam pentadbiran Umno sahaja. Mengambil hati mana tahu kelak akan diberi satu jawatan yang berpotfolio atau menggantikan tempat Nazri Aziz yang bakal ditabal sebagai penasihat undang-undang di Palestin tidak lama lagi, inilah niat sebenar Zul Kulum ni. Semua orang dah tahu tu...
Jadi Anwar, anda seharusnya tidak menggunakan dengan sewenang-wenangnya kuasa yang ada hanya sekadar untuk mencemarkan diri bagi menghalang Bersih 2.0. Ini tidak bijak!!!
SHAH ALAM, 19 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.
Bersih 2.0, perhimpunan kedua selepas kempen penghujung tahun 2007, akan diadakan 9 Julai ini di ibu negara.
Anwar (gambar), yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya menyokong usaha Ambiga kerana beliau mahu memperjuangkan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
Sambil menegaskan bahawa beliau yakin boleh mencapai kemenangan jika pilihan raya yang adil dilangsungkan, Anwar berkata, “cuba adakan pilihan raya yang bebas, saya yakin kita boleh lakukan.”
“Tanya saya, saya yakin saya boleh,” katanya lagi.
“Itu sebab bila Ambiga mahu memperjuangkan pilihan raya yang dilihat adil, kita bantu,” katanya lagi.
Dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 yang berlangsung di sini hari ini, Anwar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan satu perbuatan jenayah dengan bersubahat bersama Umno-BN.
Ini termasuklah tindakan membenarkan pendaftaran pemilih hantu dan daftar pemilih yang tidak bersih serta penerimaan rakyat asing sebagai pemilih.
minda Brahen Kkatok Gommok sudah rosak |
Azmin mendakwa masih ada 11 pemilih termasuk lima pemilih kalangan Cina yang didaftarkan menggunakan alamat rumah ibunya di Kampung Kelang Gate dalam bahagian Parlimen Gombak.
Dalam ucapannya, Anwar juga berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat dapat mengubah landskap politik negara jika dapat memperoleh tambahan lima peratus undi.
kaki kencing satu Malaysia |
“Ini peluang terbaik kita, bukan sahaja bagi Pakatan Rakyat (PR) tetapi juga bagi rakyat untuk mengubah kerajaan. Ini apa yang kita kata masa terbaik,” kata beliau.
Anwar menambah Pakatan Rakyat tidak mahu menang dengan hanya kelebihan 51 peratus undi, sebaliknya mahu sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular.
Ini kerana tegas beliau, jika menang dengan 51 peratus sudah pasti akan ada penipuan di sana sini untuk menafikan kemenangan Pakatan Rakyat.
0 comments:
Catat Ulasan