Jumaat, 20 Mei 2011

MALAYSIA USAH CAMPUR TANGAN ISU PALESTIN

MALAYSIA: Penghantaran misi bantuan ke Gaza oleh kapal "MV Finch" milik Malaysia hanya dilihat satu pembaziran yang berlagak untuk mencari nama di mata dunia sahaja. Kos dan misi bantuan untuk tujuan itu lebih baik digunakan untuk orang fakir miskin di dalam negara sahaja.




Tidak perlulah Malaysia bersusah-susah menggunakan wang rakyat negara ini untuk membantu rakyat negara lain, sedangkan ramai rakyat negara ini yang selalu ditayangkan dalam TV 3 suku yang masih menderita dan memerlukan bantuan sama ada dari segi bantuan khidmat kesihatan dan bantuan kewangan.



Malaysia tidak perlu mengejar nama atas dasar misi bantuan kemanusiaan untuk negara lain, jika pengalaman dan peristiwa yang sama berulang kembali. Ini satu pembaziran.

Apakah tujuan Malaysia sebenarnya berbuat demikian? Tindakan yang tidak bijak dan tidak rasional....

Tapi siapa yang tidak bijak itu? 

FIKIR-FIKIRKAN....Kut keret kuuuut....

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code