Ahad, 22 Mei 2011

Mahyon Meninggal Selepas Pengsan



KUALA LUMPUR: Selepas pemergian penyanyi era 60-an, Datin Orkid Abdullah, negara dikejutkan pula dengan kepulangan seniwati veteran, Mahyon Ismail ke rahmatullah jam 12.30 tengah hari semalam di Hospital Ampang Puteri, di sini.

Seniwati itu yang juga isteri kepada Allahyarham Hussein Abu Hassan meninggal dunia akibat demam dan batuk sejak seminggu lalu. Difahamkan pelakon berusia 69 tahun itu turut menghidap penyakit kencing manis sejak 1999 tapi masih terkawal.


Anak bongsunya yang juga pelakon terkenal, Faizal Hussein, 44, berkata ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital terbabit kelmarin sekitar jam 10 malam sebelum pengsan dan koma sejam selepas itu.

“Saya, Dilla Hussein (kakak) dan anaknya, Marissa sempat menemani arwah ke pejabat tanah untuk menyelesaikan urusan di situ. Kami memang bergembira sakan pada hari itu termasuk membeli sate untuk dimakan bersama,” kata Faizal.

Faizal berkata, emaknya baru saja selesai menjalani drama 13 episod berjudul Serapah Darah Bulan Madu terbitan Skop Productions seminggu lalu. 

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code