Rabu, 25 Mei 2011

Karier Politik Khairi Jamaluddin Kian Pudar




KHAIRI JAMALUDDIN yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri ke - 4, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy dilahirkan di Bandaraya Kuwait, Kuwait. Beliau merupakan satu-satunya anak bagi seorang bekas diplomat Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid.

Setelah bergelumang dengan politik Barisan Nasional dan menjawat selaku Ketua Pemuda UMNO, nampaknya kini kegemilangan itu semakin pudar dek betapa banyak dan hebatnya orang lain berbanding beliau, antara tokoh yang sezaman dan yang bakal meninggalkannya jauh di belakang ialah anak cucu Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani. Entahlah mungkinkah KJ ini dilabel sebagaii seorang yang agak radikal dan berani menentang sebarang bentuk yang mungkin membelakangi rakyat mengikut pandangan UMNO.

Antara contoh terbaik yang pernah KJ lakukan ialah membantah kenaikan harga minyak, tak ada seorangpun dalam UMNO yang bersuara untuk menentang kenaikan minyak ini kecuali KJ seorang.

Inilah agaknya yang tidak berapa disenangi oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang lain




Inilah sebahagian daripada keberanian yang dilakukan oleh KJ berbanding dengan pemimpin UMNO yang lain..



0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code