Sabtu, 28 Mei 2011

IBRAHIM DAN SULTAN LUT UNDANG-UNDANG

Ibrahim Ali lut undang-undang begitu juga dengan sultan yang lut undang...inilah pandangan Ibrahim Ali tapi sebaliknya beliau berkata bahawa Anwar Ibrahim orang yang tidak lut dengan undang-undang. Inilah pengakuan tulus yang dibuat beliau ekoran tiada tindakan diambil terhadapnya ekoran mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang disifatkan sesetengah orang berbaur hasutan-



Namun ada seperkara yang beliau tidak nyatakan bahawa orang yang tidak lut dengan undang-undang ialah orang yang berpangkat TUN...mereka inilah yang benar-benar kalis peluru.



Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menepis pandangan bahawa beliau 'tidak boleh disentuh' walau sering mengeluarkan kenyataan 'menggemparkan'.
Sebaliknya, Ibrahim percaya bahawa tiada tindakan dikenakan ke atasnya setakat ini kerana "tiada kes" yang didapati ke atas dirinya.

Ibrahim berkata demikian ketika ditanya hari ini berhubung pandangan berkenaan memandangkan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz sendiri telah menyatakan bahawa Ibrahim tidak perlu dikenakan tindakan.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang pernah dua kali ditahan kerana bertindak sedemikian kerana akan hanya melahirkan 'hero'.

"Tengoklah seperti (ahli parlimen Batu) Tian Chua dan (MP Padang Serai) Gobalakrishnan," katanya lagi.

Tambahnya, golongan yang menyifatkan beliau sebagai 'tidak boleh disentuh' itu sebenarnya menghina undang-undang negara.

Katanya lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya merupakan pemimpin yang 'tidak boleh disentuh' kerana masih mengulas mengenai kes yang dibicarakan di mahkamah.

Ibrahim mendakwa, tindakan Anwar dan pengikutnya dalam ceramah-ceramah yang diadakan itu "menghina mahkamah."

"Ibrahim Ali bukannya tidak boleh disentuh. Saya bukannya kalis undang-undang. Malah sultan sekalipun tidak kalis undang-undang," katanya lagi.

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code