Ahad, 8 Mei 2011

APA ITU HUKUM SYARAK

Hukum Syarak ialah yang Khitab Allah SWT berkaitan dengan perbuatan Mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqthida), pilihan (takhyir) atau wad’ie.

Hukum Syarak terbahagi kepada dua iaitu ;

Hukum Taklifi
Hukum Wad’ie


Hukum Taklifi ialah Khitab Allah yang mengandungi tuntutan ke atas mukallaf supaya melakukan @ meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan sama ada hendak melakukan sesuatu @ tidak.


Ringkasnya, ia ada 3 kategori iaitu ;

  1. Perintah melakukan sesuatu perkara sama ada WAJIB atau SUNAT
  2. Perintah meninggalkan sesuatu perkara sama ada HARAM atau MAKRUH
  3. Pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan atau tidak. Dinamakan HARUS.

Sementara Hukum Wad’ie bermaksud Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat @ penghalang kepada sesuatu hukum.


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code