BUAT masa sekarang dalam blog-blog dan akhbar tempatan - tidak ada lagi berita-berita semasa, cerita-cerita Labu Labi, Madu Tiga atau kisah Pak Pandir: Sebaliknya kini, berita dan cerita itu bertukar menjadi kisah yang sangat melampau dalam peradaban bangsa Melayu.
Kisah dalam kelambu: Jika dulu alkisah ini menjadi satu antara beribu tabu atau pantang larang dalam adat resam melayu raya... Ya, kalau dulu kisah asmara ini menjadi rahsia peribadi yang tertanam mati di lubuk sanubari pasangan masing-masing meskipun terjadinya perpisahan!
Namun semua itu kini sudah tidak berlaku lagi, malah dalam internet sendiri pun memaparkan berbagai kisah yang jijik dan memalukan ini. Jika dulu cerita ini hanya dapat berkongsi dengan kaki-kaki skodeng sahaja. Tapi kini tidak perlu lagi merayap malam meredah 'char' , belukar dan menebuk dinding-dinding papan rumah orang semata-mata ingin menikmati juadah sex malam yang dilakukan pasangan halal terbabit.
Pabila menjelang malam, terutama pasangan yang baru berkahwin, akan menjadi buruan kaki skodeng semata-mata untuk menonton secara 'live' aksi pasangan tersebut. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita orang dulu-dulu. Tapi kini para remaja, anak-cucu atuk, atuk, pok wor, mok wor, chek, tok chek. Tak perlu lagi merayap malam. Tak perlu berambat (dikejar) dengan anjing, orang dan sebagainya. Ianya bebas terhidang hanya dengan berada di rumah sahaja. Mimpi sahaja wajah siapa yang kamu gambarkan, bentuk badan saiz apa yang kamu minati, warna kulit bagaimana yang kamu suka, bibir, bulu dan sebagainya yang tergambar difikiran kamu...
Kamu boleh melihat segala-galanya. Lubang mana, batang apa? Siapa?
Semuanya terhidang di depan mata... Nahhh Dapat! itulah betapa senang di zaman moden ini.
Inilah rupa sebenar Malaysia.
Cerita sebenar ORANG MELAYU...
Yang dimomokkan oleh segelintir makhluk yang mencari jalan mudah untuk popular. Dengan menggunakan pelbagai agensi kerajaan dan khidmat pemberita, akhirnya segalanya tercapai matlamat hanya untuk menjadi popular. Padahal tanpa disedari perbuatan itu sebenarnya memakan diri dan menggambarkan kebodohan diri sendiri.


0 comments:
Catat Ulasan