Khamis, 21 April 2011

ASTRO TAK PATUT ADA IKLAN DAH....




ASTRO: Kadar caj yang dikenakan kepada pelanggan Astro sememangnya bukanlah sesuatu yang mesra rakyat, apatah lagi jika nak dikatakan sesuai dengan slogan 'Rakyat didahulukan' langsung tidak kena. Bukan semua rakyat di negara ini mampu memiliki astro di rumah, hanya sesetengah orang sahaja yang boleh memilikinya lantaran bayaran yang sangat tinggi dan tidak sepadan dengan pendapatan mereka, maka mereka hanya mampu bertenggek di kedai-kedai kopi hanya untuk melihat siaran langsung bola sepak yang tidak ditayangkan di tv-tv milik kerajaan.
 

Ini juga setelah beberapa iklan yang menajanya sudah tidak lagi diberi ruang di tv milik kerajaan untuk berbuat demikian. Jadi kepada kaki bola dan sukan lain yang hanya disiarkan secara 'live' di Astro, menyebabkan ramai antara mereka sanggup meninggalkan anak bini di rumah bersendirian, sedangkan para bapa pula melepak di kedai-kedai yang menyediakan kemudahan ini. Inilah satu fenomena baru dalam masyarakat.

Apatah lagi jika waktu siaran pula disiarkan di awal pagi, terkadang boleh mengundang bahaya kepada keluarga yang ditinggalkan.



Namun apa pun,  Astro yang menjana keuntungan berbilion ringgit setahun seharusnya memberi perkhidmatan yang bermutu dan tidak membebankan rakyat.

Penghapusan terus iklan yang ditayangkan dalam saluran-saluran Astro memang sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab, bukan bila hanya dihebahkan dalam parlimen baru segalanya buka mata. Bagi , TUN, TAN SRI, DATO, DATIN,YB dan sebagainya tak apa sebab mereka mengambil pakej yang paling mahal ditawarkan Astro, malah mereka juga sering berhijrah ke luar negara, jadi mereka tak merasa semua tu..mereka tak terboring dengan iklan-iklan yang disiarkan Astro kerana selalu sibuk ke luar negara...sedangkan rakyat pula dahler bayar mahal, tapi masa dihabiskan oleh iklan yang menyerabutkan. Manakala siaran pula banyak yang berulang-ulang bertahun-tahun asyik cerita yang sama sahaja, habis disiarkan di saluran 4, saluran 5, 6...tapi ceritanya yang sama saja...Sangat tidak patut...



    

0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code