Rabu, 27 Jun 2012

MANA ADA MENTERI BESAR SEPERTI NIK AZIZ DI MALAYSIA?


SUNGGUH terharu bila masih ada yang mengatakan akan keburukan MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, tanpa menoleh dan membuat perbandingan dengan mana-mana MB negeri lain dalam kalangan UMNO, dari segi taraf kehidupan sosio ekonominya. Kalau Nik Aziz ada harta dan rumah agam, sudah lama UMNO akan menggali dan merobohkannya. Ini prinsipnya.

Namun demikian pergolakan politik atas dasar perebutan kuasa. Apatah lagi Nik Aziz di pihak pembangkang, menjadikan beliau sering dilabel dengan berbagai tuduhan berbaur fitnah dan cacian semata-mata.

Misalnya isu tajaan haji, menjadi satu fitnah yang sepatutnya tidak dimainkan oleh UMNO. Sudahnya Nik Aziz batalkan hasratnya demi menjaga salah tanggap masyarakat. SPRM terus membuka kertas siasatan berserta tindakan. Finalinya tiada sebarang kesalahan, bersih dan Nik Aziz bebas dari tuduhan.

Sebaliknya dalam UMNO, Menteri Pertahanan-Zahid Hamidi dengan menggunakan jet peribadi (konon tajaan rakannya) untuk bersama Najib dan Rosmah menunaikan haji atas dasar nak tunjuk muka pada bosnya, tidak pula menjadi satu polemik dalam kalangan masyarakat, bahkan seolah menjadi tradisi bila menjawat jawatan menteri.

Nik Aziz tidak pernah menggunakan kelayakannya untuk mencari peluang mengisi tembolok sendiri. Bukan macam MB UMNO kalau boleh tengkoraknya pun nak disalutkan dengan emas. Saudara lihatlah sendiri apa yang berlaku kepada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, baru tidak sampai sepenggal sudah memiliki rumah berstatus banglo-masjid, kereta berjenama dan lain-lain kemudahan seperti pinjaman wang zakat untuk kegunaan peribadi membeli peguam dan bayak lagi.

Saudara tengok pula bekas menteri besar Selangor, baru berapa hari pegang jawatan sudah mula mengumpul pusaka Qorun. Miliki aset yang begitu banyak, rumah juta-juta dan akhirnya dikenakan hukuman penjara yang bakal dilepaskan oleh hakim UMNO tidak lama lagi.

Itu belum lagi dibandingkan dengan orang yang bertaraf lebih tinggi jawatannya dengan Nik Aziz tapi berada dalam UMNO. Misalnya Perdana Menteri yang seangkatan usia dengan Nik Aziz iaitu Tun Mahathir. Lihatlah dan bandingkan sendiri, antara jawatan dan jangka masa yang dipegang keduanya. Apa yang Tun Mahathir ada selama lebih 20 tahun menjadi PM? Sehingga pernah dikategorikan dalam majalah Forbes antara pemimpin terkaya dunia. Tapi ini semua rakyat Malaysia tidak kisah, konon kerana anggapannya Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan.

Walau Tun Mahathir telah bersara dari jawatannya, apa yang beliau dapat ialah pujian dan sanjungan berpanjangan di samping memiliki aset yang tidak rebah dipukul ombak. Manakala Nik Aziz meski masih berkhidmat dengan agak cermat tapi apa yang beliau dapat. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah fitnah, cacian dan cercaan dengan kata-kata yang tidak selayaknya beliau dapat. Seperti - sesat, bapa kafir, wahabi, nyanyuk, tua nak mampus, tak sedar diri dan berbagai kata-kata sumpah seranah dari pihak parti lawannya iaitu UMNO dari dulu hingga sekarang. Sudahlah tiada rumah besar dan harta pula tak seberapa, kutukan dan kebencian saja yang dia dapat. Adilkah masyarakat hari ini?

Inilah satu persepsi dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang sukar untuk diubah, si miskin dan si jujur sentiasa berdepan dengan penghinaan, manakala si penipu dan si bangsat akan tetap dikenang dan dipuja. Bak kata pepatah "Jika buta mata boleh dirawat, bahkan jika buta hati sekalipun dapat dicuci dengan tasbih dan taubat. Tapi jika BUTA PERUT, hanya 'racun tikus' lah penyelamatnya." Inilah senario masyarakat moden kini yang sudah BUTA PERUT. Hanya 'Mati' saja yang dapat mengubah persepsi ini.

Namun betapa sesat dan kafirpun tuduhan yang dilemparkan, Nik Aziz masih boleh mengajar kitab agama, masih boleh mengimami solat jenazah, masih boleh berkhutbah dan pendeknya dalam bab agama, Nik Aziz adalah seorang yang serba tahu dan 'alim. Tapi sebaliknya saudara nilailah sendiri dengan pemimpin yang ada dalam UMNO. Bermula PM dan TPM hingga ke YB-YB, mampukah mereka berdakwah sedemikian? Rasanya saya tidak pernah lihat Mahathir selama lebih 20 tahun berkhidmat baca khutbah, menjadi imam solat jenazah JAUH sama sekali. Apatah lagi berceramah agama. Tapi Mahathir bebas dari pelbagai tuduhan penyelewengan agama oleh masyarakat. Bahkan dipuja dipersada dunia sebagai pejuang Islam. Lucu ke tak lucu?

Saudara nilai pula Najib PM UMNO kini yang mentadbir. Cukup jelas menolak hudud, cukup jelas dengan penampilan isteri yang tidak menutup aurat. cukup jelas dengan pakaiannya, bahkan Najib sendiri siap pakai 'rantai emas' lagi dileher. Tidak pula ditegur oleh ulama yang ada dalam UMNO. Bahkan mereka cuba untuk menempis kenyataan itu dengan berbagai alasan. Benarlah kata-kata bijak pandai, Malaysia yang ada sekarang sudah moden. Terlalu moden sehingga menghakis nilai-nilai budi bicaranya, sudah mula menghakis kemunasabahannya. Akhirnya yang tinggal hanyalah sifat-sifat MAZMUMAH seperti - Pemarah, Pendendam, Hasad dengki, Bakhil, Tamak, Tidak sabar, Ego, Riak dan Cinta dunia. Masyarakat yang ada sekarang adalah masyarakat yang LUCAH dan seks melampau.

Saya petik dari paparan berita ini oleh Sinar Harian, hari ini. Saudara nilailah sendiri kata-kata nik Aziz ini. Nilailah sendiri dan bandingkan dengan kata-kata dan sikap dari MB lain di Malaysia:-

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

Jelas kepada kita, bahawa apa yang ada dalam masyarakat kini sudah lain persepsinya. Masyarakat kini sudah ROSAK. PUNAH kerana penjajahan kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL. JAHANAM HABI KERANAMU...UMNO!!!

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code