SIAPA tak kenal dengan negeri selatan tanah air ini yang pesat membangun, hinggakan pelabur berpusu-pusu masuk ke negeri ini bagi menjana ekonomi terutama di Zon Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Hebat tidak terkata.
Inilah sebabnya kemajuan Johor sering dijadikan 'label' dan tanda kejayaan UMNO, selepas Selangor tumpas kepada pembangkang pada 2008. Maka Johorlah satu-satunya saki-baki peninggalan arwah dan maruah UMNO.
Johor dibanggakan oleh kerajaan yang ada sekarang (UMNO) kerana di sana juga adalah kubu kuat yang terulung dan sukar ditembusi lawan dan seteru. Ghani Othman (Menteri Besar) hanya goyang kaki dan tak perlu kerja kuat untuk menguburkan serpihan mayat pembangkang yang berani menjejakkan kaki ke tanah Johor. Inilah keangkuhan yang satu-satunya ada di Johor.
Pembangunan yang pesat ini sudah tentu meninggalkan negeri Kelantan yang dicop oleh Datuk Mustapa Muhamed sebagai negeri yang mundur lagi primitif, bahkan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia sendiri mengatakan Kelantan adalah sebuah negeri yang tidak bertamadun. Pendek kata antara Johor dan Kelantan ibarat panggil sama sekali tak dengar, duduk sementelah, apalagi berlari...namun Kelantan tetap Kelantan dan tak akan sama segalanya dengan Johor yang mempunyai Raja yang hebat lagi adil.
Johor juga merupakan sebuah negeri contoh kepada UMNO sepanjang pentadbirannya sehingga kiamat. Maju dan moden. Rakyatnya semua senang-linang. Kilang banyak, kebun luas dan tanah juga aktif diusahakan. Wah, hebatnya Johor...Johor negeriku yang paling hebat. Tiada sesuatu yang boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi di sini, semuanya hebat dan dalam keadaan baik. Itulah Johor yang kukenali...
Masyhurnya Johor adalah kerana Menteri Besarnya jarang keluar dimana-mana media kerajaan sama ada tv mahupun surat khabar, begitu juga di pihak pembangkang yang sunyi dari menyerang dan menghentam Menteri Besar ini. Apakah kerana tiada isu? Atau apakah MB ini tidak perlu dilakukan sedemikian rupa kerana keadaan yang sangat aman dan stabil. Sebaliknya bagi negeri-negeri yang bermasalah, para MBnya sibuk terjun ke dalam arus media bagi mendapatkan sokongan moral dan perlindungan politik dari serangan berbagai golongan masyarakat. Tapi Johor lain. MB Johor tidak perlu kepada media kerana baginya media hanya menyakitkan. Lain yang berlaku, lain yang diputarbelitkan.
Apatah lagi gambaran kemajuan hebat ini pula dibayangi oleh orang Johor dan masyarakat seluruhnya kerana berjiran dengan sebuah negara maju seperti Singapura, sedikit sebanyak dapat juga membawa kehidupan yang lebih berstatus, berkualiti dan moden dari segi taraf kehidupan fizikal amnya.
Namun kini, masuk tahun 2012. Johor yang dalam genggaman nampaknya semakin longgar dipegang dan ditatang UMNO, bahkan dalam sekelip mata segala keindahan dan kekebalan Johor pada pandangan umum mengharungi arus kemodenan, akibat struktur politik yang dikatakan ampuh oleh UMNO selama ini, mula bertukar warna menjadi semakin goyah dan retak. Mengapa demikian?
UMNO nampaknya mula kehilangan taring di sini, lesu dan lemah. Semakin diselak, semakin jelas kurap dan kudis terpampang dibalik kain.
Modennya Johor sehingga lupa kepada perkara-perkara pokok. Lupa kepada perkara yang remeh dan temeh ini...Akhirnya diam tak diam terserlahlah bahawa UMNO di Johor rupanya gagal selama ini. Umno di Johor nampaknya mula menampakkan belang betapa mereka sebenarnya adalah tidak hebat langsung. Gagal dan gagagagagagagal....
Sudah 10 tahun rupanya penduduk Johor dalam penderitaan, tapi tiada siapa yang peduli. Budaya Johor mungkin demikian. Tapi itulah hakikatnya. Janji MB hanya tinggal janji. Sekali gus meranapkan cita-cita Najib yang menjaja dirinya dengan program 'JANJI DITEPATI'. Nampaknya Johor adalah tempat pertama yang Najib harus sedar betapa JANJI DITEPATINYA MEMANG TIDAK TEPAT...
Selasa, 26 Jun 2012
JOHOR: NEGERIKU MAJU DI BAWAH PENTADBIRAN UMNO...SYABAS BANG!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan