
TARIAN TONGGENG PUNGKOK itu harus diadakan dihadapan rumah Zahid Hamidi atau rumah agam PM, sebab itu jangan kita duk sibuk dengan perjuangan orang lain yang inginkan keadilan dan ketelusan dalam pilihan raya. Akhirnya apa yang menimpa diri sendiri ialah janji yang tidak ditepati oleh Najib dan sekutunya terhadap apa yang dijanjikan.
Najib terkenal dengan sikap autokrat dan autarman (kaki autar). Setakat berjanji untuk dapatkan bulan bintang tanpa keluar modal bukan tak boleh...siapapun boleh guna ayaq liouq, tapi nak melaksanakan tu jangan haraplah. Najib selalu menuduh pembangkang parti yang tidak tepati janji, tapi sebenarnya UMNO lebih banyak buat janji tapi tidak pernah tunaikan, walaupun ada kuasa. Autarman ini selalu kata kat pembangkang, tapi dia tidak sedar pembangkang tu masih tiada kuasa. Cakap tak serupa bikin.
GUA MUSANG - Lebih 62,000 bekas pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpencen gembira apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan memberi imbuhan khas, 10 Mac lalu.
Bagaimanapun, setelah hampir tiga bulan, belum ada tanda-tanda kerajaan membuat pembayaran imbuhan terbabit hingga ramai kecewa.
Kebanyakan bekas ATM menggesa kementerian tersebut membuat pengumuman semula adakah ia akan dibayar atau sekadar janji.
Seorang bekas ATM, Mat Zain Hassan, 62, berkata, menteri berkenaan seharusnya bertanggungjawab atas perkara berkenaan.
“Semua bekas ATM menanti-nantikan imbuhan khas dijanjikan kerana hanya dengan bayaran terbabit dapat meringankan beban perbelanjaan harian,” katanya.
Dia berkata, setakat ini dilihat pihak lain seperti pemilik kereta sewa dan nelayan mendapat pelbagai keistimewaan dan imbuhan daripada kerajaan.
“Pemilik teksi dan kereta sewa baru sahaja diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak subsidi tukar tayar bernilai RM520 setahun, nelayan mendapat subsidi minyak, tetapi bekas tentera yang banyak berjasa kepada negara belum menerima sebarang imbuhan.
“Saya sedih dan kesal dengan apa yang berlaku itu seolah-olah kami tiada nilai dan dipinggirkan,” katanya.
Seorang lagi bekas ATM, Ismail Ibrahim, 54, berkata, ramai bekas tentera hidup merana selepas berkhidmat.
Katanya, kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan perlu bersikap jujur dalam membela nasib bekas tentera supaya mereka dapat hidup dalam keadaan terbela.
“Kami lihat sekarang ini ramai bekas tentera hidup susah terutama yang tinggal sebatang kara berikutan kematian isteri, manakala anak anak pula tinggal berjauhan selepas berumah tangga tanpa ada pihak datang menjenguk,” katanya.
Ahmad Zahid ketika membuat pengumuman menyebut imbuhan khas berkenaan akan dibayar dalam masa terdekat bagi menjamin kebajikan bekas ATM.
Pengumuman tersebut lanjutan keluhan bekas anggota tersebut yang menghubunginya bagi mengutarakan pelbagai masalah dihadapi bekas ATM berpencen.
P/S: Janji ditepati konon...CCITTT POOORAHHH!!!

0 comments:
Catat Ulasan