Tapi jangan risau bang botak... sebab polis takkan buat siasatan punya. Report itu akan dipurut kat dalam fail saja. Jangan risau....awat hang gelabah tak tu kalu tu bang...
BUKIT MERTAJAM – Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu, semalam, membuat laporan polis berhubung laporan sebuah stesen televisyen swasta mengenai dakwaan seorang khatib mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya akan datang.
Laporan dibuat Pengerusinya, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan di Balai Polis Kubang Semang, pada jam 4.20 petang.
Sebelum itu, lebih 100 penyokong PKR dan Pas turut berarak mengiringi beliau dari Taman Guar Perahu menuju ke balai, dan mengadakan demonstrasi aman di hadapan balai sejurus tiba bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang dibuat terhadap khatib tersebut.
Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh dua individu yang membuat kenyataan, selain sebuah stesen televisyen swasta yang bertindak sebagai penyiar kepada dakwaan itu.
“Tujuan laporan polis ini dibuat adalah bagi menyatakan rasa marah di samping membersihkan nama baik masjid yang sudah tercemar.
“Kita menuntut pihak berkenaan (individu dan stesen televisyen) supaya memohon maaf secara terbuka kepada kariah masjid,” katanya.
Tegas Abu Bakar, khatib di dalam doa khutbah tersebut tidak langsung menyebut mahu menggulingkan kerajaan, mahu pun menujukan ia kepada mana-mana parti.
Katanya, pihaknya juga sudah meneliti rakaman khutbah, dan ia jelas bercanggah dengan apa yang didakwa.
Terdahulu, sebuah stesen televisyen malam Sabtu menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan ‘kerajaan perlu digulingkan’ dalam khutbah Jumaat di masjid berkenaan minggu lepas.
Dan, kelmarin, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta MAINPP menyiasat khatib ekoran doanya itu didakwa boleh memecah-belahkan umat Islam, selain perbuatannya yang dianggap menghasut.
P/S: Sehari dua lagi isu ini akan tenggelamlah bila UMNO nampak tak dapat cari jalan nak belasah PAKATAN ni, balik-balik hinggap ke muka sendiri...hantam-hantam kena betis sendiri...mampus aku...!!!
Si Botak bakal cari lubang lain untuk menibaiPAKATAN, kita tunggu tengok...apa adegan selanjutnya...jeeng jeng jeeeeeng...!!!

0 comments:
Catat Ulasan