Jumaat, 5 April 2013

ZULKIFLI NORDIN HINA AGAMA HINDU LAGI...AMACAM GOBALAKRISNAN????



INILAH PERANGAI SEBENAR NAIB PRESIDEN PERKASA INI....APA LAGI MAHU JAWAB...DULU GOBALAKRISNAN KATA SEMASA BERADA DALAM PARTI PAS...(KLIK) TAPI KINI SEMASA KELUAR DARI PAS DAN BERLINDUNG DI BAWAH KETIAK UMNO. AMACAM DER??? APA LAGI YANG KAMU NAK KELENTONG???

Selepas menghina Hindu, Zul Noordin guna perkataan ‘keling’.

KUALA LUMPUR, — Ahli parlimen bebas Datuk Zulkifli Noordin “ditangkap” di laman sosial Youtube menggunakan perkataan “keling”, dimana kaum India di Malaysia menganggapnya sebagai perkataan menghina berbau perkauman, beberapa hari selepas video beliau menghina penganut agama Hindu tersebar luas.

Klip video dimuatnaik semalam menunjukkan ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang kontroversi itu dalam satu majlis orang ramai di Ampang pada 6 Mac, bercakap mengenai teori konspirasi berhubung kematian warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam yang meninggal dunia kerana serangan jantung bulan lalu.
“Ada badigol Baghdad ni percaya, entah keling mana bawa kitab Hindu dia, 'saya ada tengok, saya ada bukti'. Keling ni bawa kitab Hindu sumpah, dia percaya,” katanya menggunakan perkataan berbahasa Melayu itu.

Klip dua minit setengah itu dimuatnaik oleh pengguna yang menggunakan nama “Chandra Lawan Tetap Lawan”.

Dalam video klip terbaru, 530 orang sudah melihatnya di laman perkongsian video popular itu dan terdapat 15 komen mengutuk Zulkifli yang mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang Islam itu.

“Lagi nak pakai songkok puiii ...,” kata seorang pengguna Youtube bernama Bavani Vani.
“Memalukan bangsa aku n agama islam... Bangsat betul,” kata seorang lagi pengguna, alongaidil.

Zulkifli terpaksa memohon maaf pada 1 April, kerana menghina penganut agama Hindu sebelum ini dimana beliau memperlekehkan tuhan orang Hindu dalam sebuah klip video ceramah agama beliau yang menarik ramai penonton baru-baru ini.

Zulkifli dilaporkan oleh agensi berita Bernama mengatakan ucapan tersebut dibuat 10 tahun lalu semasa masih lagi merupakan anggota PAS. Beliau juga dilaporkan mengaku bersalah dan memohon maaf kepada semua penganut agama Hindu.

PAS memecat beliau pada tahun 2008 menyebabkan peguam itu terpaksa bertanding pilihan raya menggunakan tiket PKR.

PKR memecat beliau pada tahun 2010 dan Zulkifli selepas itu rapat dengan Umno dan gabungan pemerintah Barisan Nasional dan kemudiannya diangkat sebagai naib presiden Perkasa.



PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code