Khamis, 8 September 2011

DR RAMLAH ADAM TOKOH SEJARAH YANG MALAS -TERKANTOIII



Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam Profesor di UiTM dan sebagai tokoh sejarah telah melontarkan pendapat yang berbaur politik dan dangkal dalam perbualan telefon oleh TV1 pagi ini 7.30 pagi 8 Sept 2011 melalui siaran Selamat Pagi 1Malaysia. Apa yang menarik ialah bila sidang telefon ini diadakan secara langsung jelas menunjukkan kelemahan dan betapa kuatnya sentimen UMNO dan mengagungkan parti itu yang dimiliki beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Ramlah ialah wajarkah sejarah ditulis semula? Ramlah menjawab dengan mengatakan sejarah 'tidak perlu' ditulis semula kerana sejarah yang ditulis sebelum ini amat jelas dan baik sekali, sejarah ini telah ditulis oleh orang-orang yang bijak pandai dan berwibawa dengan kajian-kajian yang penyelidikan. Apa yang peliknya jika persoalan dan penemuan baru yang menunjukkan kepincangan dalam penulisan sejarah itu maka ia wajar diteliti. Tokoh sejarah yang hanya mahu berpegang pada sejarah lampau dan tidak mahu berubah mempunyai 'agenda sendiri' yang mungkin hanya dia saja yang tahu. Sebaliknya tuduhan ini dilemparkan kepada Mat Sabu. Beliau kata Mat Sabu ada agenda sendiri. Gila sungguh Profesor UMNO ini!!!

Antara kenyataan bodoh Ramlah ialah

1. Ramlah juga menyatakan sejarah tidak boleh ditulis semula sebab semuanya sudah betul.

2. Mengakui bahawa Mat Indera adalah seorang Komunis. Bila Komunis ganas dan kejam.

3. Menyatakan bahawa PKM ialah agenda luar negara dan cuba memerdekakan Malaysia melalui idealogi Komunis yang terpengaruh dengan koumintang di China.

4. Menyatakan buku Pengukir Johor adalah pendirian penulisnya sahaja tentang Mat Indera, tidak menyalahkan penulis buku itu kerana dia betul dengan pendapatnya tapi sebaliknya...

5. Menyalahkan Mat Sabu kerana mengeluarkan pendapat yang serupa kerana Mat Sabu orang politik. Maksudnya penulis buku itu betul tapi Mat Sabu salah kerana katanya lagi Mat Sabu ada agenda sendiri tapi penulis itu hanya mengeluarkan buah fikirannya sahaja. Pelik bukan?

Kenyataan Ramlah ini jelas menunjukkan bahawa tokoh sejarah ini tidak layak dalam bidangnya kerana tidak mahu berubah dan hanya percaya kepada kajian-kajian yang ditulis oleh pengkaji sejarah yang membuat rujukan berdasarkan buku-buku dan pendapat yang menyokong British dan UMNO sahaja. Sepatutnya analisis yang lebih emperikal sehingga menjadi 'sintesis' adalah sepatutnya sesuatu yang sudah tidak boleh dicabar kesahihannya. Jika boleh dicabar maka itu tidak lagi menjadi satu sintesis dan teori berkaitannya juga sudah tidak boleh dipakai. Takkan Ramlah tak tahu perkara ini.

Ramlah harus bebas pemikirannya dari belenggu pendapat yang menjurus ke arah politik yang berat sebelah. Kata-kata Ramlah yang mengatakan Mat Sabu hanya mempolitikkan isu ini memang tidak wajar dan meletakkan taraf pemikirannya sama taraf dengan penjaga-penjaga 'lembu kampung' sahaja yang melepaskan lembunya kemudian membiarkan sahaja lembu itu masuk kebun orang, makan tanaman orang dan akhirnya berak di atas jalan raya sehingga menyebabkan kenderaan yang melaluinya bersimpang-siur kerana ingin mengelak dari terpijak tahi lembu.

Bukankah Ramlah tahu isu ini juga adalah politik iaitu antara PKM dan penjajah British, jadi jika Mat Sabu mempolitikkannya adalah memang patut dan kena pada tempatnya sebab ini memang isu politik, Ramlah memang terkantoi dengan kata-kata sendiri. Apa yang patut sebagai seorang tokoh akademik sewajarnya tidak mencampuri urusan-urusan politik sebaliknya buat kajian semula, bukan malas dan menerima apa yang ada.

Ulasan Ramlah dalam peristiwa pagi ini jelas menunjukkan kelemahan peribadi dan kuatnya UMNO yang terpalit dalam dadanya demi betapa kuatnya budi UMNO yang terlekat dalam sanubarinya dengan kenaikan pangkat dan sebagainya. Inilah satu produk hasil dari sistem pendidikan Malaysia yang mengeluarkan tokoh-tokoh yang tidak berwibawa, tapi sebaliknya hanya mendirikan mahligai di laman sendiri dengan menyokong idealogi yang salah demi secebis budi, maklumlah terhutang dengan kerajaan semasa belajar dulu amat banyak maka tibalah masanya membayar hutang itu dengan membuat kenyataan yang bodoh dan dapat dikantoi oleh budak umur 4 tahun sahaja sedangkan kita bertaraf profesor. Malu pada muka tak malu tak jadi apa. Sia-sia!!





5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aku amat setuju...Ramlah Adam hanya tahu menjilat jubur umno semata2 untuk survival. Profesor JUSA A tapi malas mengajar..ada saja alasan yg diberikan hingga pensyarah lain terpaksa ganti kelas mangkuk ni. Yg dia rajin ialah bodek bos...

Unknown berkata...

Mulut jangan puaka. Kalau beliau salah sekali pun tak perlu sampai ckp "menjilat jubur umno" .

Unknown berkata...

Mulut jangan puaka. Kalau beliau salah sekali pun tak perlu sampai ckp "menjilat jubur umno" .

Unknown berkata...

Komunis tetap komunis..

Armus berkata...

Ramlah bongok, putar-belit sejarah

hostgator coupon code