Bukan perkecil dan bukan pula perbesar tapi inilah hakikat kepala hotak orang UMNO, disuapinya para Pak Imam pergi Mekah buat Haji, maka ternganga dan terloponglah wajah Pak Imam dengan penuh kesengehan dan yakin bahawa doa yang dipinta selama ini telah termakbul asbab oleh bantuan dari UMNO ini, bukan untuk apa tapi untuk Pak imam ini ingat bahawa UMNO pernah berjasa kepada mereka. Jadi apa ditunggu lagi: Pangkahlah BN. Itu saja motif utamanya. Saranan sebegini akan lebih menyemarakkan lagi para Pak Imam di setiap ceruk kampung di Malaysia untuk lebih beramal dan rajin bersolat agar dipilih Najib untuk naik haji 'pree'. Jika yang dah biru itu maka lebih biru lagila nampaknya, begitu jugalah jika di Kelantan Pak Imam yang agak kehijauan itu kini dah mula bertukar menjadi kelabu tahi anjing kerana mendengar tawaran yang sangat menarik di sebelah pihak Najib.
Namun apa sekalipun tanggapan buruk terhadap Najib sebelum ini, sekurang-kurangnya dapatlah meredakan kelibat kemarahan pak alim ini terhadap Najib malah akan tersembul pulalah pujian dan doa para pak imam kementot ini agar Najib sekali lagi menang pilihan raya. Mungkin tak lama lagi Najib akan menaja pula dengan wang kerajaan pakej haji pree kepada Tok Bilal dan Tok Siak pula jika menang sekali ini. Semakin deraslah tok bilal nak azan gamaknya ya...!!!
Program menghajikan Pak Imam ini bukanlah apa sangat, perkara ini bukan dekat nak mengundi ini saja yang patut dilaksanakan sebaliknya sudah lama berlaku, namun apa yang pelik jika pemimpin seperti Nik Aziz ditaja untuk berumrah maka penuhlah adik beradik 4 kopek 2 perut SPRM turun berkampung di pejabat Menteri Besar itu, riuh-rendahlah surat khabar dan balaci UMNO mengebom dan caci-maki serta jika boleh seolah mahu 'berak' atas kepala sehingga Tok Guru Nik Aziz menolak tajaan itu kerana takut dituduh 'rasuah'. Sebaliknya para tok imam ini diberi haji oleh Najib bukan rasuah cuma supaya tok-tok imam ini ingat bahawa orang UMNO saja yang mampu buat program ini. Bila dah ingat apa lagi....taghamlah [taramlah] BN... itu saja....krah krahh krahhh apple lerrr....!!!

Source: http://www.malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan