Jangan hanya Mat Sabu saja didakwa atas keterlanjuran kata, sebaliknya pemimpin pencen itu yang terus-terusan memberi ulasan yang tak masuk akal dibiarkan begitu saja. Isu Malaysia yang tidak penah terjajah juga terang-terangan merupakan satu khianat awam dan menimbulkan kecelaruan dalam pemikiran sejarah generasi sekarang. Kekeliruan yang ditimbulkan ini tidak pula diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan balaci-balaci UMNO. Mat Sabu sokong Komunis yang bukan penjajah didakwa di mahkamah UMNO, sebaliknya Mahathir yang sokong penjajah lepas bebas.
Inilah acuan yang paling bodoh dalam sistem kehakiman negara. Di Malaysia Agong dikatakan kepala negara, tapi sebenarnya kuasa yang lebih besar terletak kepada Perdana Menteri, termasuk Perdana Menteri yang dah 'pencen' tapi masih gila bekerja. Dulu menangis macam budak-budak bila nak letak jawatan, tapi kini gila untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Orang Melayu adalah orang yang dididik supaya takut kepada raja, bukan hormat. Dididik takut kepada Perdana Menteri bukan hormat. Gerun kepada polis, takut kepada mahkamah dan undang-undang. Salah sikit digali dan dikorek sampai lubang cacing, mana-mana undang-undang yang boleh digunakan diguna, bukan dengan tujuan yang baik tetapi dengan tujuan untuk menjatuhkan musuh-musuh politiknya, menghina musuh-musuh politiknya dengan berbagai cara dan kaedah.
Tujuan sebeginilah yang sangat dasyat, tuduhan sebelah pihak saja, sebaliknya jika sebelah kerajaan, semuanya boleh dan tidak didakwa, jika didakwapun sebagai satu alasan untuk menipu oranng kampung sahaja. Antaranya ialah menyebarkan tayangan video sex Anwar Ibrahim di khalayak-hanya didenda dengan RM1500 sahaja. Ini tidak logik. Perbuatan Mahathir yang meminta AlQuran diterjemahkan semula juga menjadi polemik tapi Mahathir bebas. Polis bunuh budak {Aminurrasyid} hanya dihukum 5 tahun penjara sahaja. Kematian di bilik SPRM Teoh Beng Hock dan Sarbaini tidak ada tindakan yang wajar jika adapun dilupakan begitu saja.
Putar belit dan tipu helah ini akan berlarutan selama-lamanya selagi UMNO berada dipuncak. Sepatutnya UMNO digulingkan sahaja dengan apa cara sekalipun. Orang ramai dah sangat meluat dengan UMNO. Baca sini.
0 comments:
Catat Ulasan