Selasa, 23 Ogos 2011
ADA ORANG PURA-PURA TERKEJUT!!!
Sultan S'gor terkejut penubuhan majlis syura
Apa yang menarik dalam isu ini ialah komen-komen dari pembaca artikel ini. Pada sesiapa yang berminat membacanya jangan lupa bahawa ini adalah satu petanda yang jelas dalam soal antara Pembangkang di Selangor dan kerajaan negeri Selangor.
Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja.
Menurut Mohamad Munir (kiri) lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.
"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir.
Semalam, Khalid berkata,
idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.
Menurutnya, majlis itu akan mengkaji isu membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.
'Dialog tak pernah diperkenan'
Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Munir berkata, Sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".
Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri.
JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.
Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta.
Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan
tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".
Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan