Selasa, 23 Ogos 2011

ADA ORANG PURA-PURA TERKEJUT!!!


Sultan S'gor terkejut penubuhan majlis syura

Apa yang menarik dalam isu ini ialah komen-komen dari pembaca artikel ini. Pada sesiapa yang berminat membacanya jangan lupa bahawa ini adalah satu petanda yang jelas dalam soal antara Pembangkang di Selangor dan kerajaan negeri Selangor.

Sultan Selangor amat terkejut dengan cadangan penubuhan majlis penasihat syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Setiausaha sulit kepada baginda Datuk Mohamad Munir Bani berkata, apa yang berlaku, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyembah maklum hasratnya membawa mufti negeri bagi bertemu pihak gereja.

Menurut Mohamad Munir (kiri) lagi, sultan tidak menghalang hasrat Khalid memanggil gereja tetapi menasihatkan timbalan mufti dijemput sekali.

"Oleh yang demikian, isu tentang DYMM Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar," kata Mohamad Munir.

Semalam, Khalid berkata,

idea penubuhan majlis tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor hasil perbincangan mereka minggu lalu.

Menurutnya, majlis itu akan mengkaji isu membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam Selangor untuk dibangunkan garis panduan demi memastikan hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

'Dialog tak pernah diperkenan'

Dalam kenyataannya hari ini, Mohamad Munir berkata, Sultan juga berpendirian, majlis penasihat syura atau badan berbentuk dialog berkaitan agama "tidak pernah diperkenankan".

Ini kerana, tambahnya, selain JAIS, negeri itu mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan jabatan mufti negeri.

JAIS pada 3 Ogos lalu dilaporkan 'menyerbu' majlis makan malam di DUMC. Tindakan kontroversi itu mengundang kritikan banyak pihak pihak apabila JAIS didakwa tidak mempunyai waran.

Paderi kanan DUMC Daniel Ho antaranya mendakwa, JAIS masuk ketika majlis sedang diadakan, merakamkan video dan gambar serta tidak menunjukkan salinan aduan bila diminta.

Selepas lebih seminggu kejadian itu, JAIS akhirnya bersuara dengan menegaskan

tiada serbuan dibuat terhadap DUMC, sebaliknya hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

Pengarah JAIS Marzuki Hussin berkata, perundingan dengan penganjur di luar dewan majlis membuktikan tuduhan JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk hanya "tohmahan liar" semata-mata.



  • Ahmad Tajdid ·  Pengulas Tertinggi · INSTITUT TEKNOLOGI MARA
    patik tak terkejut jika tuanku terkejut. kali ni rasanya dah banyak kali tuanku terkejut. peliknya masa zaman umno perintah tak dengar pulak tuanku terkejut. ampun tuanku! masa Umno berkuasa MUFTI pun boleh dipecat. puluhan ulama disenaraihitamkan termasuk almarhum dato' ishak baharom, dr haron din, dato' ismail kamus dan termasuk dalam senarai DATO' HASAN MOHD ALI (walaupun bukan ulama). pentadbiran masjid juga dirampas dan pegawai penguatkuasa Jais menggunakan pemotong besi untuk menceroboh masuk ke pejabat pengurusan masjid. AJK masjid mesti mendapat kelulusan Adun Umno dan bagi kawasan-kawasan yang tiada Adun Umno, Ketua Bahagian Umno diberi kuasa mengesahkan AJK masjid yang ditunjuk JKKK kampung. tuanku mungkin tak terkejut masa tu sebab tak ada orang yang sembah maklum. ampun Tuanku!

    • Athirah Zaleha Terah
      sultan tak terkejut mana yang terkejut tu munir bani kut, masa pelantikan suk selangordulu pun sapayang terkejut.dia ni ada udang sebalik mee kot

    • Mohd Akmal Abd Rahim ·  Pengulas Tertinggi
      aku rasa munir ni geng songkok tinggi lahhh..hahaha.. dia kot yg terkejut.

    • Irfan Malik ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di My own business
      isk isu murtad memanglah serius,isu kenapa orang muslim itu murtad itu lebih lagi serius.Pembuat dasar dan permerintahan adalah dari kalangan orang muslim sendiri.......cuba check mana yg tak kena.................

  • Hatta Nongah ·  Pengulas Tertinggi
    Semoga negeri Selangor kekal aman dan dibawah PR pada PRU 13 walaupun banyak sangat isu2 sensitif yang menganggu gugat pentadbiran yang ada sekarang dibawah Tan Sri Khalid. Ingat rakyat Selangor semua kita sekarang tengah selesa dibawah PR...jika anda rakyat Selangor anda sendiri tahu apa dia.. KITA SEMUA SOKONG PR!

  • Liau Peng Chuan ·  Pengulas Tertinggi
    Anak haram punya UMNO! nak pakai orang bangala undi untuk depa! Stop the monkey business ASAP.

    • Yieh Lung Nip · Kuala Lumpur, Malaysia
      nape nk takut klau tuhan dorang xde ONG???
      tingkah laku umngok selama ni lagik teruk drpd yg kapir, what say u???
      bg ako, umngok=syaitan!!!

    • DinMinyak Melaka ·  Pengulas Tertinggi
      Yg anak haran tu kau dan penipu2 Pakatan Rakyat....

    • Chanarong Khemkaeng ·  Pengulas Tertinggi
      Yieh, ape maksud kamu ttg ayat "nape nk takut klau tuhan dorang xde ONG???"? bleh jelaskan? sy rasa agak sangsi wlupn sy xsokong serbuan JAIS tu....tq

  • Liau Peng Chuan ·  Pengulas Tertinggi
    umno dewasa ini=MACAM PONDAN TUA TERHEGEH-HEGEH CARI PELANGGAN!

    • DinMinyak Melaka ·  Pengulas Tertinggi
      Woit....kau yg pondan......kalau jantan sgt apa kata kau tubuhkan Parti Pondan Penipu.......

    • Sungai Rapat ·  Pengulas Tertinggi · UCLA
      Liau Peng Chuan yang cari pelacur cina adalah Anwar Ibrahim saja

    • Naz Bar ·  Pengulas Tertinggi
      Kerana PKR lah kafir lahnat tu dah semakin biadap terhadap org2 Islam....

  • Sya Iqah ·  Pengulas Tertinggi · Bekerja di Osama Bin Laden Killed - 05/1/2011
    erm... jgn tekejut sultan nanti mati tekejut lak... yg peting aman dan makmur

    • Zairul Musa ·  Pengulas Tertinggi · Kuala Trengganu, Terengganu, Malaysia
      Bujang Senang berhujah mcm orang bodoh..cubalah berbahasa indah di bulan Ramadhan nih..xhabis2 nak provoke dan cari masalah, jika kita tidak boleh selesaikan masalah janglah jadi sebahagian dari masalah!

    • Hafiz Mat ·  Pengulas Tertinggi · umur 21 tahun
      pki lambang arak tgh2 bulan posa ni pehal? k0 minum ke?

    • DinMinyak Melaka ·  Pengulas Tertinggi
      Yg akan mati terkejut adalah ulamak2 PAS bila kalah PRU....perasan org Melayu sokong mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan