Khamis, 28 Jun 2012

NAJIB SEORANG DEMOKRAT 'PALSU' : WISMA PUTERA MENANGKIS SERANGAN ITU SEKERAS-KERASNYA!!!


SETELAH pendedahan oleh MacKinnon penulis profesional bahawa pemimpin tertinggi Malaysia adalah seorang "Autarkarat" nampaknya tidak disenangi oleh Wisma Putera. Sepantas kilat Wisma Putera cuba membela Najib dalam apa jua keadaan. Menurut WP lagi dalam tempoh 3 tahun Najib berkhidmat, berbagai transformasi dan demokrasi telah beliau buat. Tindakan ini sekali gus menempis dakwaan Najib seorang Autarkarat. Antaranya:-

1. Hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)
2. Meningkatkan kebebasan media
3. Meminda Akta Universiti dan Akta Kolej Universiti
4. Menggubal Akta Perhimpunan Aman
5. Kajian Semula Akta Hasutan
6. Memansuhkan Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad
7. Mengadakan reformasi pilihan raya

Tempisan dan tangkisan ini dibuat oleh Ahmad Rozlan Abdul Ghani, Setiausaha Bahagian Penerangan dan Diplomasi Awam di Kementerian Luar melalui surat yang dihantar ke ruangan pembaca majalah terbabit - The Globe and The Mail keluaran Kanada. Menurutnya lagi perubahan yang begitu banyak dibuat Najib adalah sesuatu yang sangat menakjubkan bagi seorang pemimpin, hanya dalam masa 3 tahun saja. Drastik dan hebat. Terlalu demokratik untuk mengaitkan Najib dengan Autarkarat.

Namun begitu, apa yang menarik di sini ialah tempisan 7 perkara yang dibuat Najib itu bagi Wisma Putera yang konon mewakili rakyat Malaysia seluruhnya, sudah cukup membuktikan bahawa Najib adalah seorang Demokrat, bukan Autarkarat.

Padahal sebelum MacKinnon membuat ulasan atau rencananya untuk membariskan Najib bersama dengan autokrat "kuku besi" lain seperti Presiden Russia-Vladimir Putin, Presiden Palestin-Mahmoud Abbas, Presiden Algeria-AbdelAziz Bouteflika dan Presiden Kemboja-Hun Sen, beliau telah membuat tinjauan dan kajian terlebih dahulu. Bukan main hantam saja!

Malah ramai responden terdiri dari rakyat Malaysia sendiri juga bersetuju dengan tulisan itu, apa tidaknya alasan yang diberi WP itu seolah mengatakan bahawa tindakan Najib itu benar-benar wujud. Malangnya itu semua adalah kosmetik untuk mencantikkan dan mencorakkan sebuah lukisan yang kosong, kosong...membuatkan rakyat Malaysia teraa kosong dan kosong.

Alasannya:

1. Benarkah ISA 100% dihapuskan, sedangkan ada 2 lagi akta baru yang sewaktu dengannya digubal Najib bagi menggantikan ISA?

2. Benarkah media di Malaysia ini bebas dari sebarang unsur sekatan?

3. Benarkah meminda AUKU itu untuk selamatkan mahasiswa atau untuk kepentingan kerajaan Najib, demokrasikah demikian?

4. Benarkah Akta Perhimpunan Aman digubal Najib dapat dipraktikkan, sedangkan pihak keselamatan dengan rakus menggunakan gas, dan water canon? Sehingga ada yang meninggal dunia.

5. Kajian semula Akta Hasutan, tapi sehingga kini masih tiada apa-apa yang berbeza dari dulu?

6. Akta Buang Negeri dan daerah ini sajalah yang boleh diperakukan oleh rakyat Malaysia, tapi tidak bermakna pesalah yang sedia ada tetap bebas. Ada hukuman lain yang sedang menanti. Pi mai pi mai...tang tu jugak bro...

7. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah....Benarkah Najib mengadakan reformasi pilihan raya? Bila? Bagaimana? Mengapa? Kah kah kah kah kah kah kah kah...Bila? Bagaimana? Mengapa? Kah kah kah kah kah kah kah kah...Bila? Bagaimana? Mengapa? Kah kah kah kah kah kah kah kah...Bila? Bagaimana? Mengapa?

Nampaknya dalam 7 yang tersenarai hanya satu yang boleh dipertimbangkan. Apakah ini adalah rekod pencapaian Najib sebagai seorang demokrat??? Bikin malu saja...

PAKDOE ALLAN


0 comments:

Next Previous Home
hostgator coupon code