Fitnah UMNO-BN yang dimainkan sejak sekian lama melalui pelbagai media telah memecahbelahkan masyarakat, iaitu masyarakat Islam ditakutkan dengan bukan Islam manakala masyarakat bukan Islam ditakutkan dengan Islam.
Demikian hujah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP dalam Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam anjuran Roketkini.com di sini malam tadi.
“Perlembagaan DAP sendiri menjunjung dan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.
“Bagaimana mungkin berlaku demikian kerana itu bukan pun dasar DAP dan siapa yang begitu bodoh untuk anti-Islam dalam negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam?” kata Guan Eng.
DAP difitnah
Menurut beliau, tuduhan dan fitnah jahat pihak lawan semata-mata untuk mewujudkan persepsi negatif dan meraih keuntungan politik sedangkan perjuangan DAP selama ini berdasarkan prinsip integriti, ketelusan, keadilan dan saling menghormati.
“Mereka cuma membuat tuduhan dengan fitnah sebab jika menggunakan fakta, mereka tidak boleh buat persepsi seperti itu. Mereka menguasai media, Utusan, TV3 dan sebagainya, mereka boleh buat apa pun,” jelasnya.
Ahli Parlimen Bagan itu turut memberi contoh antara bukti bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui DAP di Pulau Pinang memberi peruntukan besar terhadap hal-ehwal Islam di negeri itu termasuk kepda Sekolah Agama Rakyat yang dihentikan bantuan semasa pemerintahan BN.
“Saya ingin tegaskan disini bahawa DAP ingin menjadi parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja kepada orang Melayu malah orang Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain. Setiap dari kita rakyat Malaysia harus berjuang untuk satu sama lain,” tambah beliau.
Perbezaan adalah lumrah
Apabila ditanya oleh hadirin mengenai pendirian DAP terhadap isu hudud yang sering ditimbulkan UMNO yang menolak pelaksanaan hudud, Guan Eng berkata, DAP berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan menerima perbezaan pendapat sebagai lumrah manusia.
“Kita lihat walau pun wujud perbezaan ideologi dengan PAS, kita DAP kena hormati dan faham. Akan tetapi itu bukan penghalang untuk sama-sama berjuang di atas prinsip yang dipersetujui bersama, iaitu demi menegakkan keadilan, hak asasi manusia, kebajikan, anti-rasuah dan saling memahami serta menghormati satu sama lain.
“Paling penting sekarang ialah menolak fitnah yang membentuk persepsi palsu di kalangan rakyat. Kita percaya rakyat Malaysia harus bersatu-padu bukan disebabkan takut tetapi atas sebab kebebasan,” jelasnya lagi.
Islam ajar saling menghormati
Wacana itu yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan, turut menampilkan Dr Maszlee Malik, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang pakar dalam bidang politik Islam antarabangsa.
Menurut beliau, setiap orang mempunyai aqidah atau pegangan yang berbeza, malah Islam mengajar untuk saling memahami dan hormat-menghormati dan berlaku adil.
“Bagi saya DAP tidak mengancam Islam sebab memperjuangkan nilai bersama seperti keadilan.
Kebanyakan persepsi negatif yang timbul bersifat stereotaip dan ia dikeruhkan lagi dengan salah faham orang Islam sendiri terhadap Islam.
“Walau pun DAP telah berevolusi, persepsi itu masih ‘dijual’ sehingga sekarang. Ini sebab kita suka menyamakan Melayu dan Islam wal hal ia berbeza,” jelasnya.
Siapa yang anti Islam?
Beliau juga menyentuh mengenai pandangan Islam yang disempitkan sesetengah pihak seperti apa yang berlaku terhadap mantan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dikenakan tindakan undang-undang kerana memberi ceramah Islam di Selangor berbeza daripada apa yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
“Persepsi seringkali bersalahan dengan fakta. Persoalannya sekarang, siapa yang anti-Islam? Siapa yang merobohkan surau di Selangor? Siapa yang telah memecat mufti semasa kes tangkapan ratu cantik di Selangor?” soal beliau.
Mengulas mengenai kerjasama bukan Islam dan Islam, Dr. Maszlee membawa hadirin melihat bagaimana kerajaan Islam di Andalusia dulu mengamalkan konsep kehidupan bersama atas nilai-nilai universal.
“Realiti politik kini memerlukan kerjasama semua golongan mahu pun gerakan Islam dengan rakyat. Islam juga membela hak minoriti,” katanya.
LAPORAN DARI MALAYSIA KINI
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam tadi 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat.
Dalam program wacananya untuk mendekati orang Melayu di Shah Alam malam tadi, sesi soal jawab menjadi panas apabila peserta Melayu-Islam yang rata-rata muda bangkit bertanyakan soalan itu kepadanya.
Lim mengulangi pendirian bahawa DAP "tidak bersetuju" dengan hudud berbanding kerana mereka "berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud" dalamnya.
Bagaimanapun tegasnya, perkara itu tidak menghalang DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR khususnya dalam perkara yang dipersetujui seperti menentang kemungkaran, membanteras rasuah dan mempertahankan integriti.
"Kita hormati persamaan dan persefahaman yang dicapai. Ada perbezaan pendapat tetapi ia tidak menghalang untuk mengadakan persefahaman.
"Kita berbincang untuk berpegang kepada yang sedia ada. Kita mesti mengikut amalan dan konvensyen yang ditetapkan.
"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya dalam wacana bertajuk "Benarkah DAP mengancam Islam" di Shah Alam malam tadi anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini.
Lim turut ditanya seorang anak muda bagaimana parti itu menerapkan kefahaman kepada bukan Islam mengenai hudud selepas ia didakwa ditakut-takutkan oleh pemimpin BN.
"Tidak mungkin (DAP) memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud. Hakikatnya bukan DAP sahaja tidak terima hudud, tetapi kebanyakan orang bukan Islam, di Sabah dan Sarawak lebih ramai tidak bersetuju.
"Itulah hakikat yang kita kena terima. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam. Tetapi mereka memberi keyakinan bahawa mereka tidak akan paksa. (Saya rasa) itu yang penting," katanya.
Sehubungan itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengajak semua pihak supaya tidak terperangkap dengan Umno yang didakwanya mahu menonjolkan isu hudud untuk memecahbelahkan Pakatan.
"Jangan masuk perangkap BN, (yang) menggunakan isu ini untuk pecahkan Pakatan... Kita bukan macam BN... Kita tidak ada elemen paksa.
"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya.
Sementara itu, Lim menegaskan salah faham rakyat khususnya orang Melayu-Islam terhadap parti itu disebabkan oleh "persepsi palsu" didakwanya dibentuk dan dimainkan oleh BN.
Beliau turut menafikan dakwaan kononnya DAP anti-Islam, memandangkan parti yang ditubuhkan pada 1966 itu menerima perkara yang termaktub dalam perlembagaan termasuk Islam sebagai agama persekutuan.
"Ia (anti-Islam) tidak mungkin berlaku... Apa bukti DAP anti Islam? Sejak DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang, halang maulud (nabi) ka? Fitnah yang berulang-ulang mungkin akan percaya.
"Agama jadi satu alat untuk satu padukan rakyat berdasarkan nilai-nilai universal yang murni.
Agama tidak akan ajar perkara yang tidak baik, (tidak) suruh kita jadi kotor, (tidak) haramkam yang bersih... Tolak fitnah yang membentuk persepsi palsu," tegasnya.
Menurut Lim yang juga ahli parlimen Bagan, DAP dan PAS mempunyai banyak persamaan dari sudut "mahu rakyat hidup dengan bermaruah, keadilan dan kebebasan".
Bahkan, beliau tidak mahu perbezaan antara kedua-dua parti memecahkan Pakatan Rakyat di samping saling hormat-menghormati dan menyifatkan perbezaan pandangan merupakan satu lumrah.
P/S: TAMPARAN HEBAT BUAT DR MASHITAH, BILA DAP KATA HUDUD BUKAN PENGHALANG? SIAPA SEBENARNYA MENJADI LEMBU KEPADA KAUM CINA TERUTAMANYA MCA? NAMPAKNYA MASHITAH DAN AH JIB GOR....

0 comments:
Catat Ulasan