SEJARAH PAS KELANTAN
(fakta yang disembunyikan)
Kisah PAS sejak tahun 1982 lagi mula CELARU dengan berbagai DAKYAH dan PROPAGANDA. Aku mulanya tidak tahu dari mana asalnya DAKYAH atau PROPAGANDA dasyat ini. Tapi rupa rupanya ia datang dari AMANAT HJ HADI. Pengaruh ini sangat tebal dan sukar dikawal dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam. Akibat dari itu, wajah PAS bertukar 360 darjah. Bahkan rona liuk lentuk keadaan ini masih berwarna lagi hingga sekarang meski PAS sudah kuasai Kelantan.
Aku masih ingat lagi, segar bugar dalam ingatan ini. Bila pemimpin PAS mula MENTAKFIRKAN atau bahasa mudahnya MENGKAFIRKAN penyokong UMNO.
Apa yang berlaku?
Setiap solat yang diimami oleh imam yang dilantik UMNO, orang PAS x akan solat. Mereka akan solat hanya imam PAS sahaja. Mereka solat di madrasah PAS, walaupun masjid yang diimami imam yang dilantik UMNO hanya terletak bersebelahan sahaja.
Sembelihan orang UMNO HARAM dibeli dan dimakan oleh orang PAS. Orang PAS saja yang sembelih dan jual daging pada orang PAS, mereka akan sebarkan berita memboikot hasil sembelihan orang UMNO. HARAM kata mereka. Itu sembelihan orang KAFIR.
Setiap kenduri kendara, majlis tahlil, doa selamat hingga ke majlis majlis besar seperti majlis kahwin yang dilakukan oleh orang UMNO, HARAM untuk dimakan oleh penyokong PAS. Walau dijemput sekalipun mereka tak akan datang. Hatta andai jiran yang tinggal di sebelah rumah itu adalah orang UMNO. Mereka tak akan jemput. Ini kisah benar tuan tuan.
Bab nikah kahwin, cerai pula tak payah nak cerita, hingga ada yang menikah dua kali, sekali dengan imam yang dilantik kerajaan negeri pada masa tu UMNO untuk dapat sijil nikah sahaja. Kemudian sekali lagi dengan imam PAS untuk dapat sah yang sesahih sahihnya, takut nanti anak yang bakal dilahirkan adalah anak zina. Menurut agama PAS agaknya :-) . Paling teruk ramai pasangan yang sudah lama berkahwin malahan dah ada anak cucu sekalipun. Mereka kena menikah sekali lagi dengan imam PAS agar tidak hidup dalam maksiat.
Jika ada kematian, di kalangan ahli PAS, mereka akan uruskan sendiri, hinggakan saudara mara yang jauh mahupun dekat jika mereka tahu saudara mara mereka orang UMNO maka mereka tidak dialu alukan untuk menziarahi jenazah.
Hatta, hinggakan proses menggali kubur juga jika orang PAS meninggal hanya akan diuruskan oleh orang PAS walau penggali kubur itu telah ada tapi jika orang UMNO, mereka tolak khidmat itu. Bahkan mereka juga tidak akan tolong uruskan jenazah orang UMNO.
Anak dara atau anak teruna dari pasangan PAS tidak sama sekali akan dibenarkan berkahwin dengan anak orang UMNO. Walau pasangan itu bercinta bagai nak rak sekalipun. Pasti ditentang keras oleh ibu bapa ahlol PAS. Akhirnya kebanyakan mereka 'kahwin lari' bagi yg berani, tapi bagi yang takut. Sampai ke tua tak kahwin kahwin. Ini fakta.
Kanak kanak yang ingin bersunat juga wajib dilakukan oleh mudim PAS yang nampak zahirnya PAS... Pakai ketayap atau sarban...jika songkok awal awal lagi di 'reject'.
Kedai kopi orang UMNO sama sekali tidak dimasuki oleh orang PAS tapi org UMNO masuk kedai org PAS. Ini biasa berlaku di mana mana. Terutama di kampung kampung.
Bulan puasa terutamanya, org PAS akan solat Terawih di surau PAS, manakala org UMNO di masjid UMNO. Apa yang lucu ialah bila bertasbih.... Sallallah...wassalammualaih....suara dari surau dan masjid saling berlawan... Badi kuat!!! 😀. Kenapa perlu ada dua jemaah? Aku terpinga pinga seketika.
Aku selaku penulis pojok ini membuat tinjauan di beberapa daerah di Kelantan... Antaranya di Rantau Panjang dan Pasir Mas.
Antara kampung yang hebat diskriminasi akibat parti politik ini ialah Dun Gual Periok, Parlimen Rantau Panjang. Antara kampung kampung yang terlibat ialah Gual Tokdeh, Gual Sitok, Kubang Kual, Gual Nibong, Gual Periok, Rantau Panjang, Baroh Pial, Bukit Tandak, Gertak No 3, Kg Bakat, Kg Luar, Kg Jawi, Banggol Setor, Pohon Setor, Repek dan beberapa Dun serta Parlimen Pasir Mas turut terpalit dengan dasar asobiyyah PAS ini. Tapi aku rasa di kawasan lain juga tidak terkecuali.
Contohnya orang PAS dari Pekan Gual Periok tidak akan solat Jumaat di masjid Gual Periok tapi sanggup ke luar mukim seperti ke Gual Tokdeh demi mencari imam PAS. Bahkan ada yg langsung x solat Jumaat kerana tiada kenderaan atau kederat untuk ke Gual Tokdeh yg jaraknya1.5km dari Gual Periok. Ini fakta sejarah. Sejarah yang disembunyikan PAS.
Aku juga tidak nafikan bahawa UMNO juga ada perangai busuk dan strategi tertentu untuk hidup dalam masyarakat PAS. Mereka tidak hiraukan itu semua. Hidup mesti diteruskan.
Setiap kali bercakap di kedai kopi isu kafir mengkafir ini berlarutan hingga membawa pergaduhan. Pendek kata org UMNO buka kedai hanya untuk org UMNO dan PAS hanya utk PAS..
Walau pada masa itu tanaman tembakau merupakan satu sumber ekonomi yg penting dan ramai org PAS bekerja di GOK Tembakau milik Husin Serama... MP UMNO pasir mas. Namun hubungan sesama masyarakat setempat tidaklah sejernih mana pun.
Aku lupa pada PRU ke berapa kisah jambatan untuk ke Baroh Pial 'dibakar' kerana kononnya tidak mahu pengundi luar diimport masuk. Mereka sanggup buat apa saja untuk menang pilihan raya. Di Baroh Pial misalnya hanya ada beberapa orang PAS sahaja pun tapi mereka sanggup dipinggirkan dan tidak bergaul dengan masyarakat...
Orang PAS ni dari dulu lagi tanamkan sikap perkauman dan konservatif. Mereka tanam di jiwa anak anak mereka agar bermusuh dengan anak orang UMNO.
Rupanya orang yang bertanggungjawab dalam isu ini tak lain dan tak bukan ialah Hadi Awang. Dialah manusia yang mencetuskan segala kecelaruan agama dan politik hingga meledaknya gelora benci membenci antara satu sama lain. Hingga generasi pada masa itu ramai yang meninggal dunia dalam keadaan bermusuh sesama sendiri akibat perbezaan parti politik yang mengkafirkan sesama umat. Hadi Awang masih hidup tu, anda boleh tanya dia kenapa jadi begitu?
Ayah mati dalam keadaan mengkafirkan anak sendiri dan ibu bapa mati dikafirkan anak sendiri berlaku di Kelantan. Betapa besar fitnah yang dilakukan oleh Hadi Awang terhadap umat Islam di Malaysia.
Jadi, amat tidak hairan kenapa Hadi Awang kini flip flop bila bertemu dengan Najib. Mungkinkah Hadi Awang sudah sedar dan insaf atau masih tak sedar lagi? Pengaruh songsang yang dibawa oleh Hadi Awang hingga sekarang masih membelenggu sebahagian besar masyarakat Melayu di kampung kampung terutama golongan yang sudah berusia.
Namun kena ingat, bila hadirnya golongan professional dan progresif dalam medan politik kuno PAS, perkara yg berlaku dulu seolah hilang dan terhakis. Namun apapun, kenangan yang sangat dasyat itu tak pernah aku lupakan kerana aku secara langsung terlibat dalam kancah ini.
Kini, sekali lagi PAS kembali di zaman konservatif bila yg tinggal hanya golongan konservatif yang menolak TAJDID, sudah tentu situasi ini lebih berbahaya, kerana mereka datang dalam bentuk halimunan yang tidak nampak...pandai bermain wayang.
Di sana bersama org atasan parti lawan semakin bermesra. Manakala rakyat di bawah bertelingkah menentukan hala tuju parti. Akhirnya semakin hari semakin jelas tindakan mereka sekadar melahirkan keharubiruan, bila dulu Hadi mengkafirkan UMNO tapi kini tinggal sepentas dengan bapak kafir. Apakah Hadi Awang ingin menebus dosa silam?
#Akalakalkan
P/S: Penulisan ini adalah berdasarkan kepada realiti yang berlaku pada tahun 1982 hingga capai kemuncak di lewat 80an dan sehingga kini. Meski PAS mempunyai kuasa soal berpuak puak akibat parti ini terus berlaku. Bagi UMNO dan PAS cerita berpuak ini tidak pernah habis.
By Tn Hj Sultan Allan

1 comments:
Catat Ulasan