DIRI YANG DITINGGALKAN
Sejarah kisahnya Megat
Tampil susuk
Tubuh Sasa
Wakil gelaran
Sebagai empunya raga
Mencoret sebuah ceritanya
Dalam mengharung
Kancah perdebatan
Dipertarungan yang tak dihakimi
Hanya bekalan dada
Yang diterangi Nur KasihNya
Dihujung penanya
Megat
Menyusun ayat
Agar zaman menyusun
Salasilah cinta
Ibarat Raja merisik permaisurinya
Menerusi paparan
Media wadah penyampai khabar tinta
Membuahkan bicara berita yang dinanti
Dalam menanti waktu
Megat sering dilambung
Rasa yang semakin gelisah
Memecah tradisi
Disaat tidak disangka
Kehadiran sang penyeri
Membawa pelangi
Dengan warna-warna
Harapan
Untuk megat terus bertahan
Menyusuri hari yang semakin tenggelam
Dicatur
Manusiawi yang egois.....
by Anjaroza
please do not let anger climb up your neck...
P/S: Tema sajak di atas mengikut admin la...bukan penukilnya...
Sajak di atas menggambarkan cerita seorang pahlawan yang bertarung diruang media seperti FB or sebagainya hanya sekadar berbekalkan ILMU pengetahuan. Pertarungan yang tiada kesudahan kerana tiada hakim. Namun dalam pertarungan itu Megat (konon ikon hero) kian hanyut dalam pemburuan perjuangan tatkala muncul seorang permaisuri di hati....namun megat tahu bahawa ianya akan tenggelam oleh fantasi bila hari ini ianya ditinggal lagi dalam dunia yang semakin menggigit dengan keegoan....
APA BOLEH BUAT...MANUSIA SELAMANYA BEGITU...SEKALI DI ATAS DAN SEKALI DI BAWAH....LAKSANA RODA YANG BERPUTAR MENGIKUT ARAH JAM YG TAK MUNGKIN MENGUNDUR KE BELAKANG.
NICE POEM...THX
5 comments:
iringi masa dengan sewajarnya...hargainya selagi selagi ada waktu... megat seorang pahlawan yang bertuah.... jawapan bagi soalan....
tahniah pada penulisnya.... satu karyakaya....
penulisnya seorang yang sangat HEBAT...panah arjunanya yang membutakan mata sesiapa sahaja. Terpukau....
nasib baik panahannya x membutakan mata.....
kini mata dah buta, telinga pula menjadi pekak...telah hilang separuh nikmat dunia kerananya...hebat penulisnya....
Catat Ulasan