Selasa, 21 Januari 2014

DEMOKRASI DAN PENGAMALNYA SYIRIK: BENARKAH?

POSTING INI HANYA INGIN BERKONGSI PANDANGAN TERHADAP BEBERAPA SIRI PERCUBAAN YANG SEMAKIN PARANOID DI ALAM MAYA MASA KINI. MASIH LAGI DI ALAM SCHIZOPHRENIA...NAMUN SATU PERCUBAAN YANG BAIK...TAHNIAH!

BERBAGAI ANDAIAN TELAH BERLAKU DALAM SKETSA POLITIK DAN SIASAH TANAH AIR MALAYSIA TERUTAMANYA, BAHKAN INDONESIA YANG DIKETAHUI SEBAGAI PENDUDUK ISLAM PALING RAMAI DI DUNIA.

Dunia realiti dan dunia keyakinan TIDAK sama. Setelah berbincang dengan para ilmuan dan sarjana, hujah mereka juga tidak dapat dinafikan atas sebab berpijak pada kenyataan, bukan KEYAKINAN. Inilah persoalan yang tidak mampu difahami oleh kelompok yang berada pada landasan KEYAKINAN ini.

Indonesia sendiri pernah berpresidenkan WANITA, bukankah itu adalah sesuatu yang sangat bertentangan dengan ajaran ISLAM? Mengapa demikian? Pendek kata hanya segelintir yang mampu menjawab tapi kebanyakannya hanya tahu berdalil, berhujah dan bermimpi...

Ilmu KEYAKINAN dan kehidupan REALITI ini merupakan satu agenda yang berterusan, selagi tiada tangan GHAIB yang menyelesaikannya, masing-masing tidak lebih dari TUDUH-MENUDUH dan menyalahkan satu sama lain.

Jika UMporNO sudah lama tadbir negara, maka kita nampak berbagai pula aktiviti LAGHOnya, manakala bila PAS melebarkan sayapnya dan ada sedikit kuasa, maka kita juga sudah nampak bahkan ramai yang sering tertanya-tanya perlakuan dan HALA tuju yang semakin celaru. Akibat dari perubahan tersebut, maka timbul pula satu KELOMPOK yang mendakwa sudah lama didirikan bermula 1992 lagi, kelompok ini mendakwa sebagai penentang kepada kecelaruan tersebut yang dikenali sebagai Al-JAMAAH. Mereka menentang sistem demokrasi yang diamalkan di negara Malaysia.

Malangnya kumpulan ini, belum lagi berkuasa, belum lagi ada jentera kepimpinan mereka sudah mula MENTAKFIRKAN sistem dan manusia yang terlibat dalam DEMOKRASI. Senario bawaan ini tidak berhabisan kerana berpegang pada dunia keyakinan dengan dalil yang berbagai dibawanya. Akibatnya ramai yang hanyut dalam dunia ilmu keyakinan ini. Persepsi kumpulan ini amat mudah, bahawa ianya datang dari musuh Islam iaitu ZIONIST. Segala punca kecelaruan sebagaimana yang tersebut dalam berbagai dalilnya adalah akibat dari ZIONIST dan kemunculan DAJJAL. Demokrasi juga dikira sebagai satu AGAMA!!!

Inilah pegangan dan dakyah mereka hingga sanggup memporak-perandakan lagi dunia realiti ini. Walhal sudah ada negara yang bukan berpaksikan sistem KHILAFAH ini mampu laksanakan hukum Islam dengan jayanya. Seperti Aceh dan baru-baru ini adalah Brunei.

Khilafah dalam berbagai kitab tafsir menyebut bahawa akan muncul kembali diakhir zaman KHILAFAH berdasarkan hadis yang pernah saya utarakan sebelum ini. Namun satu hal yang sering dilupakan adalah pemimpinnya hanyalah IMAM MAHADI. Selain itu tidak ada penyataan yang dinyatakan dengan jelas akan KEJAYAANNYA, melainkan AL MAHDI yang MAKSUM sahaja kesudahannya.

Akibat kegagalan dalam menaakul hadis, maka timbul satu usaha yang agak kencang dengan menolak segala sosiopolitik yang sedia ada. Mentakfirkan segala institusi yang ada dengan berbagai ilmu keyakinan. Realitinya keadaan itu tidak akan berkesudahan. MENGAPA? Sebab pemimpin yang bakal dilantik dalam kalangan AL JAMAAH ini sendiri juga TIDAK MAKSUM. Akhirnya apa yang berlaku?

Jom kita cuba selidiki secara umum dan sepintas lalu sahaja, tak perlu mendalam. Tak perlu guna dalil. Guna akal sahaja. Contoh, Allahyarham Fadzil Noor, HJ Hadi, Nik Aziz, dan beberapa tokoh agamawan dunia termasuk Yusoff Qardhawi dan sebahagian lagi yang senasib. Apa yang berlaku pada mereka? Pada pandangan saya, mereka ini jelasnya kita percaya seorang yang alim ilmunya, belajar agama, solat dan sebagainya. Tapi apa kata sebahagian yang lain terutama dalam kelompok muslim yang tak sehaluan dengan mereka? Apa kata UMporNO terhadap PAS? Itu belum lagi termasuk pada golongan yang penuh dengan ZHON dan WAHAM iatu Al Jamaah terhadap mereka? Cuba selidiki, apa kata mereka?

Padahal konsep SYURA juga telah dijalankan dalam PAS sebagaimana kehendak ISLAM. Masih juga dikritik dan ditentang semahunya tatkala ada yang tidak sedaging ditendang keluar dari PAS seperti Nasharudin Mat Isa dan Hassan Ali. Akhirnya masing-masing keluar dari syura dan membawa aliran masing-masing. Ke mana mereka??

Sebab itu dalam artikel ini ini sekali lagi saya memberi cadangan, jika tidak sampai waktu itu maka segala perdebatan dan sistem yang diguna pakai juga tidak bermakna. GAGAL.

Sebab soal sistem perlantikan sama ada melalui syura atau undi, pada ISI DAN PADA KULIT dilihat sebagai berbeza jauh. Namun dalam dunia REALITI hari ini, bukan dalam dunia YAKIN, elemen elemen yang sama pasti akan berlaku. Tidak dapat dielak. Melainkan ianya adalah AL MAHDI yang maksum. Ini sajalah satu-satunya harapan yang masih tinggal bagi umat Islam untuk menakluk dunia.

Kembali pada alam realiti, jelasnya satu perkara yang tidak boleh dilupakan, tapi sering dilupa dalam konteks menilai antara YAKIN DALIL dan DUNIA REALITI ialah KRONI. Inilah racun sebenar. Ramai manusia lupa. Tidak kira siapa, tidak kira ajaran dan tidak kira jalan atau disimpulkan sebagai SISTEM.

KRONI adalah sesuatu yang menjadi bahan utama adunan pembentukan segala sistem yang dinyatakan. Bila timbulnya soal ini. Sudah tentu segala perancangan dan KECANTIKAN dalam segenap wacana dan idealogi akan tetap tercemar. INI ADALAH FAKTA REALITI.

Jika sistem KHILAFAH yang menjadi agenda sekalipun, situasi yang sama akan tetap berlaku. Ini bukan lagi suatu pandangan, tapi ini adalah suatu yang nyata. Sistem syura yang berasaskan musyuawarah juga tidak mampu menyelesaikan masalah kroni ini. Apatah lagi dalam dunia yang semakin mencabar dengan berbagai tanggapan terhadap unsur luar seperti DAJJAL dan ZIONIST.

Penuhilah segala tuntutan syarat fardhu untuk menjadi seorang AMIRUL MUKMININ sekalipun, selagi ianya masih berlegar dalam ruang lingkup MANUSIA BIASA, ianya TIDAK AKAN LEPAS dari fitnah DAJJAL ini. KRONI akan tetap mencari dan memburunya. Akhirnya mesyuarah juga akan menjadi tempat berjual beli seperti selalu.
SETUJU ATAU TIDAK PERNYATAAN INI ADALAH TERPULANG.

Bagi pejuang KHILAFAH, sila tampil dan bawalah pemimpin yang kamu rasa LAYAK, ianya juga tidak akan lari dari segala ujian ini, sebab kemaslahatan hidup manusia ialah tertegaknya KEADILAN. Buatlah apa cara sekalipun, selagi tidak dirasakan adil oleh satu kelompok maka selagi itu akan timbulnya pertelagahan. Bagi yang singkat fikiran, mereka akan kata KITA PERANG. Akhirnya inilah yang akan berlaku, kerana ilmu YAKIN tadi tidak termasuk dalam dunia realiti. Seterusnya BUGHAH dan BUGHAH…

Benarkah Islam tertegak dengan mata pedang?
Bukankah Islam itu adalah syumul dan indah?
Bukankah Islam itu ada give n take?
Bukankah Islam juga tertegak atas panji KEADILAN?

Lupa matlamat Islam itu sendiri tapi ghairah mensyirik dan mentakfirkan orang lain. Bebas menghukum dengan dalil yang diyakini, tapi lupa bahawa ia sekarang berpijak di bumi yang nyata.

Kemudian masuk bab melaksanakan hukum, perkara yang sama juga. Hukum kesalahan trafik, dan lain berkait dunia moden, juga tertakluk dalam hukum takzir ciptaan makhluk. Bukankah hukum itu telah ditetapkan mengikut aliran golongan ini? Jadi mana dalilnya hukum itu buatan makhluk?? Sedangkan segala hukum itu telah ditetapkan?

Islam juga mengutamakan keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan, harta….

Sedang mereka juga PERCAYA dan YAKIN termasuk muslim lainnya, bahawa IMAM MAHADI akan muncul dan menjadi penyelamat kepada dunia. Ini adalah HAKIKATNYA. Tanpa diragukan lagi. Sistem hukuman Islam tidak dapat dilaksanakan selagi SISTEM KHILAFAH tidak ditegakkan…BENARKAH??

Sembang atas kertas memang cantik, tapi nak lantik jemaah dalam syura tu pun dah tunggang-langgang. BUKAN mudah secara TOTAL, karangan yang cantik tidak menjanjikan MARKAH yang menarik….

SEBALIKNYA, DALAM DUNIA REALITI SEPERTI MALAYSIA…JIKA KHILAFAH TERTEGAK…MAMPUKAH SISTEM ISLAM SERTA HUKUMNYA TERTEGAK…??? SIAPA BERANI JAMIN…..???

JIKA ANDA MENJAWAB HANYA ALLAH....MAKA USAHLAH DIPERBICARAKAN LAGI, KERANA GOLONGAN JABARIAH JUGA BERSERAH KEPADA ALLAH SAHAJA, TANPA PERLU BERUSAHA...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code