Jumaat, 13 September 2013

RCI-SIAPA YANG BERSALAH????

KENAPA MAHATHIR MESTI KECOH???


Semakin hari Mahathir semakin terserlah sebagai pelaku segala kesalahan terhadap negara. Tidak salah lagi jika dikatakan oleh setengah pihak Mahathir adalah penjenayah kepada negara yang terulung. Tetapi ia bukan dilakukan oleh Mahathir seorang sahaja. Mereka yang memberikan sokongan kepada Dr mahathir sekian lama juga adalah pihak yang sama jenayahnya kepada negara.

Mahathir merupakan saksi yang ke 209 dalam RCI tentang pendatang haram yang diberikan kad pengenalan oleh kerajaan pimpinannya di Sabah dan Sarawak. Seperti biasa Mahathir bersikap angkuh dan tidak mahu menjawab pertanyaan dan soalan secara jujur tetapi cuba menafikan penglibatannya dengan cuba menyalahkan semua pihak termasuk Anwar Ibrahim.

Tetapi hakikatnya semasa Mahathir berkuasa tidak ada siapa yang boleh mengganggu kehendak dan kemahuannya. Semua yang ada di dalam kerajaan, baik dari pihak pelaksana mahupun dari pihak penggubal dasar di setiap peringkat, tahu yang pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing itu adalah satu isu yang nyata.

Tetapi semasa itu semua ahli politik BN khususnya UMNO, berbangga dapat memenangi pilihanraya melalui pemberian kad pengenalan itu dan ia merupakan ‘open secret’ kepada semua rakyat Malaysia termasuk di Semenanjung Malaysia ini. Mahathir tetap ‘accountable’ terhadap pemberian kad pengenalan itu.

Ini merupakan satu tindakan ‘treason’ atau tindakan menderhaka kepada negara yang tidak sepatutnya ada pihak yang menafikannya. Hukuman terhadap penderhakaan kepada negara ini semua orang tahu dan tidak payah disebut dan di ulangi lagi. Ramai orang tidak berani menyebut apa hukuman terhadap kesalahan ini kerana ia terkena kepada Dr Mahathir.

Tetapi kalau ia terkena kepada Mat Sabu seluruh jentera kerajaan dan badan kehakiman dan perundangan akan mengambil tindakan pantas untuk mengenakan Mat Sabu, jika boleh di masukkan kedalam panjara. Tetapi itu adalah ‘accountability’ Dr Mahathir? Bagaimana pula dengan ‘responsibility’ bagi Ahli-Ahli Jemaah Kabinet’ pula? Kenapa mereka tidak mengambil tindakan terhadap ketua eksekutif mereka yang bernama Dr Mahathir itu?

Kenapa Kabinet serta parti yang memerintah tidak pula mahu menyandarkan kesalahan keada semua pemimpin kerajaan dan parti pemerintah semasa pemberian kad pengenalan itu? Sebenarnya dalam isu ini bukan Mahathir sahaja yang bersalah dan mengambil ‘accountability’ itu. Semua pemimpin kerajaan perlu mengambil ‘responsibility’ terhadap kejadian ini.

Tetapi pemimpin kerajaan semasa itu bukannya hendak mengambil tanggungjawab tetapi menumpukan tenaga mereka untuk memberikan ampunan terhadap Dr Mahathir. Kesemuanya mahu mendapat tempat dalam kerajaan yang penuh dengan ‘nikmat’ rasuah dan penyalah gunaan kuasa itu. Kata Mahathir yang Anwar tahu perkara isu pemberian kad pengenalan itu adalah benar. Bukan Anwar sahaja yang tahu. Semua Menteri kabinet tahu dan semua Menteri Kabinet Sabah pun tahu.

Anwar tidak berani mengambil tindakan, walaupun beliau adalah Timbalan Perdana Menteri semasa itu. Anwar mengambil tindakan mengampu Dr Mahathir sehinggakan beliau berkata, “seandainya awan dilangit boleh dipintalnya akan ku tulis nama mu Mahathir!, sedangkan beliau (Anwar) tahu apa yang berlaku dalam isu pemberian kad pengenalan ini.” Bagi Anwar apa saja yang dilakukan oleh Mahathir itu benar semata-mata kerana ingin mempastikan beliau mengambil alih kepimpinan negara.

Saya berkeyakinan jika tidak ada berlaku pemecatan Anwar oleh Dr Mahathir itu isu pemberian kad pengenalan ini akan tetap berluas-luasa jika Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir dahulu. Hanya setelah berbalah sahaja Anwar mahu sedikit sebanyak bercerita tentang kelemahan Dr Mahathir dahulu. Sesungguhnya Mahathir dan Anwar bersama-sama melakukan kesalahan ini atau setidak-tidaknya Anwar membiarkan sahaja kedurjanaan itu berlaku.

Bagi saya kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan Anwar juga terlibat dengan mendiamkan dirinya itu adalah benar. Kalau Mahathir mengatakan yang semua yang memerintah semasa itu tahu, juga benar. Hanya semasa itu apa yang dikatakan oleh Mahathir itu adalah ‘law’ dan tidak boleh disoal-soal lagi.

Pendeknya semua diantara mereka yang ada dalam kabinet semasa Mahathir itu adalah bersalah. Ada usaha dari dalam pimpinan UMNO untuk menolak kepimpinan Mahathir semasa itu, tetapi tidak berjaya kerana penipuan dan pelanggaran terhadap Badan Kehakiman dan Badan Undang-Undang Negara oleh Dr Mahathir.

Maka segala kerja hina tetapi serius berlaku kerana Dr Mahathir merasakan tidak ada satu pun yang beliau takutkan semasa itu. Undang-undang adalah hak beliau untuk menentukannya, keputusan penghakiman sudah tersedia ditangan Mahathir malahan segala-galanya ditangan Dr Mahathir. Negara ini seolah-olah Dr Mahathir yang punya dan tiada yang lain yang patut berkuasa.

Malahan semua kepimpinan negara selepas beliau bersara adalah pilihan beliau. Akhirnya semua pilihan beliau membawa jahanam kepada negara. Mereka yang beliau naikkan semuanya mereka yang beliau rasakan boleh beliau kuasai dari luar. Sekarang giliran Najib pula yang beliau mahu nyahkan sedangkan Najib itu adalah pilihan beliau sendiri. Abdullah dahulu pun pilihan beliau akhirnya beliau juga yang mahukan Abdullah berhenti dan bersara.

Itu sebabnya saya selalu berkata, seperti matematik, menggunakan formula yang betul adalah cara untuk mendapat jawapan yang betul. Formula untuk mendapatkan pimpinan yang betul ialah dengan memilih siapa yang beliau tidak mahukan berkuasa dari dahulu lagi. Mana yang telah dipilih oleh Dr Mahathir atau yang beliau akan pilih untuk menggantikan Najib sekarang ini adalah pasti bukannya pemimpin yang baik untuk negara, walaupun ia mungkin baik untuk kepentingan Dr Mahathir sendiri.

Perpecahan dalam parti UMNO sekarang ini ada kaitan dengan permainan Dr Mahathir. Sekarang sudah ramai yang bercakap dengan lantang, “it’s easier to replace Najib than to change him”.

Kita terpaksa akui UMNO dalam keadaan yang paling dhaif sekarang ini. Pandai-pandailah memilih kali ini. Jika UMNO tidak mampu membuat pilihan yang baik ramai yang berharap BN dan pimpinannya sekali wajar untuk bertindak untuk mencari pemimpin yang lebih berupaya dan mempunyai roh yang kuat dalam isu kenegaraan ini.

by Aspan

PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code