Belajarlah wahai lelaki. Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah meninggal. Itu sahajalah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di sini
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ Baca doa pendek "Allahumma tahrimna ajrahu wala taf tin na ba'dhahu waghfir lana wa la hu..."
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
++ Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikut jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sahlah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..
0 comments:
Catat Ulasan