Ahad, 28 April 2013

KUATNYA HISHAMUDDIN MELATAH NAK TANGKAP HUSAM...

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
HISHAMUDDIN mengapa terlalu ghairah ingin menangkap dan mendakwa Husam Musa. Apakah kerana Husam adalah bakal YB Putrajaya? Maka dengan cepat Hisham melatah demikian. Apa yang Husam kata adalah benar, kerana ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan demikian.

Matinya pegawai tinggi kastam tidak perlulah diulas kerana itu mungkin ajalnya, bahkan negara Malaysia adalah sebuah negara yang selamat. Hisham juga berkata demikian sebelum ini. Tapi rentetan apa yang menyebabkan dia terbunuh, ini yang harus Hisham fikirkan.

Menurut satu sumber mengatkan bahawa Allahyarham ditembak kerana cuba membongkarkan dan mendedahkan satu sindiket yang besar yang mengelakkan diri dari membayar cukai kepada kerajaan. Difahamkan bila sebut sindiket yang besar maka sudah tentu melibatkan orang-orang yang 'elit' di negara ini. Inilah maksud sebenar yang disampaikan oleh Husam dengan mengatakan bahawa kematian Shaharuddin ada kaitan dengan korupsi oleh kerajaan.

Perkara ini mesti disiasat dengan rapi, bukan terus menghunus senjata kepada orang yang memberi maklumat tersebut. Hisham masih tidak faham atau tidak sampai maklumat yang benar dari pihak yang hampir dengan kejadian, tapi hanya sekadar menerima maklumat yang sudah bertapis dari para penjilatnya. Inilah masalahnya.

Sebelum ini Hisham mengarahkan seluruh rakyat Malaysia supaya jangan sesekali mendengar khabar angin, kerana ia akan merosakkan keamanan negara, tapi apa yang berlaku selepas itu? Begitu juga dengan kes sekarang, mengapa Hisham menuduh Husam membuat kenyataan yang boleh mengancam keselamatan negara?

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kuil Sri Maha Mariamman hari ini.

Kenyataan Husam itu tambahnya adalah sangat biadap dan cuba mempolitikkan kejadian tersebut untuk meraih sokongan pengundi.

Pihak polis dan pejabat Peguam Negara katanya, sedang mengkaji kemungkinan mengambil tindakan terhadap Husam berikutan kenyataan tersebut.

Inilah yang dikatakan oleh Hisham, beliau bercita-cita untuk menangkap Husam pula kerana cuba menuduh kerajaan terlibat rasuah, sepatutnya Hisham mesti mengerahkan segala kederat yang ada untuk memburu suspek, buktikan kenyataan itu. Bukan beriya-iya mahu menangkap Husam.





PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code