Isnin, 22 April 2013

HJ HADI HARUS BUAT LAPORAN POLIS ATAS DAKWAANNYA BUKAN MEMFITNAH SEKUTUNYA

SEMAKIN dekat pilihan raya maka semakin ghairah para pimpinan parti politik membuat kenyataan yang terburu-buru dan menghina komponen partinya sendiri. Keadaan ini adalah satu fenomena yang sangat tidak sihat dan tidak bertanggungjawab. Jangan hanya kerana inginkan 'kerusi' maka kita cepat melatah dengan perkara yang sangat menghinakan.

Jika benar terdapat maklumat berkaitan jenayah, Hj Hadi sepatutnya membuat laporan polis dan tidak wajar mendedahkan di khalayak berkaitan isu ini. Ini jelas menunjukkan betapa komponen parti PAS seolah masih terbelenggu dengan masalah calon yang berwibawa. Bicara egois seperti ini tidak wajar diluahkan seolah hanya PAS saja yang mempunyai calon yang layak sedangkan PKR tidak.

Berbagai kesimpulan mula menjadi bahan ceramah yang sangat memalukan PR, sudahlah sebelum ini isu Mustafa Ali yang sehingga kini masih tidak memberi sebarang respon. Paling malang UMNO turut menyiarkan video tersebut di serata tempat ceramahnya. Baru sebentar tadi ulasan video Hj Hadi dimainkan TV3 dengan berbagai tanggapan yang negatif.

Jika ingin menjadi perikatan parti yang kuat, soal dalaman parti tidak harus didedahkan atas nama ingin menunjukkan kejujuran dan kebersihan parti kita sahaja, seolah memberi 'ulu' kepada musuh sedangkan matanya menghunus diri sendiri. Sebarang kenyataan yang memudaratkan perikatan seluruhnya mesti bertapis dengan cara yang lebih berhemah selaku seorang yang berwatak ulama.

Jangan mengaibkan orang lain dan memfitnah orang lain melakukan perkara jenayah dengan membuta tuli. Jika ada maklumat, laporkan saja kepada polis. Bukan ingin menunjukkan kehebatan kita yang konon berjuang untuk selamatkan kerjasama antara parti, tapi sebaliknya telah dengan sendirinya menodai kerjasama tersebut dengan tohmahan dan fitnah kerana berebut kerusi.

Akhirnya yang sedia menganga mulut untuk ketawa dan mencerca sentiasa mendapat peluang berbuat demikian kerana perbuatan kita yang tidak bijak. Gunakanlah cara pendekatan Anwar Ibrahim untuk selesaikan isu pertindihan calon, seolah menarik rambut dalam tepung. Bukan terus menunggangnya hingga habis tepung sebelanga bertaburan.

Haji Hadi kena bijak dalam soal ini....



PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code