Selasa, 26 Mac 2013

SIRI FITNAH UMNO KE ATAS PEMBANGKANG TIADA TINDAKAN DARI PIHAK BERKUASA....KENAPA???


Bermula dengan kisah yang paling hangat diperkatakan masa kini ialah kenapa pihak keselamatan negara tidak mengambil tindakan ke atas orang yang ternyata terlibat secara langsung membuat fitnah dan pengkhianatan terhadap pembangkang. Setiap hari kita ternanti-nanti apakah situasi yang bakal berlaku atau apakah tindakan yang akan diambil terhadap orang-orang seperti ini.

Gambar di atas juga telah merujuk kepada kes pendedahan terbaru yang mengaitkan unsur fitnah ke atas DS Anwar Ibrahim. Komplot tersebut telah terbongkar, namun masih tiada apa tindakan yang sepatutnya diambil. Mengapa demikian? Sebaliknya isu Tian Chua yang dilaga-lagakan dengan pihak keselamatan pula menjadi agenda dan fokus utama pihak berkenaan. Tindakan yang agresif telah diambil, hingga sanggup mengugut untuk melucutkan kerakyatan Tian Chua. Ke mana dia nak pergi? Inilah tindakan yang sungguh memeranjatkan banyak pihak.



Fitnah yang bertali arus juga telah menyebabkan ramai rakyat tidak selesa bila ada blogger UMNO yang ingin menjadi artis segera telah membuat fitnah yang jahat lagi dasyat. Akhirnya terpaksa menafikan segalanya. Hingga sanggup mengetepikan bekas isteri sendiri sebagai isteri suatu masa lalu. Benarlah kata orang tua, demi mengejar sesuatu, manusia sanggup melakukan apa saja. Bahkan membunuh juga sanggup. Akhirnya, sekali lagi mencerminkan betapa perundangan negara ini diperkotak-katikkan dengan rakus oleh golongan berkepentingan.



Berita terbaru Papagomo 'pindah malam' bersama laptop yang mengandungi berbagai bukti di dalamnya, tapi adakah polis mencarinya? TIDAK kerana pengedar video lucah ini dilindungi oleh orang berkuasa di negara ini. Perbuatan pindah malam itu seolah melarikan diri dari sesuatu yang maha dasyat dan tidak disedari oleh jiran-jirannya.



Berbalik kepada isu yang melibatkan pembongkaran yang serius tersebut, gambar di atas juga rata-rata telah mengetahui siapa itu Deepak. Pembongkaran yang dilakukan Deepak juga nampaknya masih tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak yang sepatutnya. Jika benar Deepak bersalah, mengapa tidak ditangkap saja. Penjarakan saja. Langkah 'terus' membisu yang diambil oleh DS Najib Razak sekali gus adalah senjata akhir yang digunakan untuk menyembunyikan fakta sehingga jika BN menang maka segala misteri ini tidak akan terbongkar sama sekali. Tiada siapa yang berani lagi. Selagi kuasa di tangannya.



Gambar ini juga telah membuktikan betapa menteri ini terkenal dengan harta dan jumlah kekayaan yang menakjubkan. Kekayaan tersebut telah dibuktikan dengan video bentuk rasuah yang dikeluarkan oleh Globalwitness. Sekali lagi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan menangani isu ini. Jika Ketua Menteri ini adalah seorang pembangkang, sudah lama dia jadi miskin dan sama sekali tidak kaya-raya. Bahkan sudah lama meringkuk dalam penjara. Malangnya ramai yang masih buta dan berkata "itu adalah rezekinya". Inilah kata-kata orang yang buta lagi pekak. Tapi apakan daya kerana mereka juga mendapat habuan yang sedikit dari orang yang kaya ini. Tiada siapa berani bertindak kerana kuasa masih berada bersamanya.



Ini adalah sebuah potret yang sangat sensasi dan paling digeruni sejak 30 tahun lalu, tiada siapa yang berani mengganggu gugat manusia yang telah banyak berjasa kepada rakyat-mengikut pandangan para penyokongnya.

Siapa yang berani menjentik atau melepaskan walau seekor nyamuk sekalipun untuk menggigit manusia ini. Tiada siapapun. Walau jelas terbabit dalam projek pemberian IC percuma untuk warga asing, sehingga orang yang berada disampingnya terpaksa dipenjarakan sekalipun. Beliau tidak gentar melakukan jenayah tersebut. Bahkan merasa bangga dan sanggup menyalahkan orang lain. Pengaruhnya yang konon dikatakan masih kuat mampu memberi saingan yang sengit pada PRU kali ini.

Walau bergelumang dengan dosa dan pengkhianatan kepada negara, apakah tujuannya melawat Sabah baru-baru ini? Adakah rasa bersalah atau diburu kesalahan? Ingatlah orang seperti ini akan merasa peritnya kejahatan yang dilakukan andai kuasa sudah berpindah tangan. Sejarah baru bakal tercipta. Sejarah akan ditulis dengan dakwat kebenaran dan bukan kepalsuan yang hanya menulis fakta yang penuh fiksi dan ilusi.



Tiada guna mengarang dengan panjang lebar andai sebarang tindakan dari pihak berkuasa hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja. Mereka sanggup menggunakan cara 'HARAM' untuk mencapai matlamat kekalkan kuasa. Sebab jika jatuh, maka segalanya akan terlondeh dan bakal berdepan dengan hukuman yang paling berat dan amat dasyat sekali. Inilah kesannya.




PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code