Ahad, 31 Mac 2013

NAJIB PERGI MEKAH MINTA DOA UNTUK SELAMATKAN PAPAGOMO...!!!

MENGAPA tiba-tiba saja pergi umrah TAKUT KALAHKAH? Baguslah kalau rasa nak duduk di depan Kaabah selamanya baik. Insaflah, dah banyak dosa yang kamu lakukan terhadap rakyat Malaysia. Lupakan saja soal mengejar pangkat dan darjat kerana rakyat sudah tolak kepimpinan fitnah yang bermaharajalela.



Mengapa pilih tarikh untuk buat umrah di saat akhir untuk ke Mekah jika bukan kerana ada masalah risikan mengatakan yang UMNO akan kalah? Masalah jiwa dan masalah ketakutan yang amat sangat nampaknya menghantui jiwa yang angkuh dan tamak ini.

Malangnya pendedahan video seks yang melibatkan Papagomo semakin hari semakin jelas pembohongannya. Akhirnya, langkah yang tersepit ini diambil kesempatan oleh papagomo untuk meminta Najib berdoa untuknya sekali kerana telah melakukan berbagai kesalahan terhadap rakyat Malaysia. Hebat sungguh Si Papagomo kerana ada orang lain yang jadi tukang minta ampun bagi dirinya.



KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.

“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.

Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.



Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.

“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.

“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa. Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar.

PAKDOE ALLAN

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah dari kebanyakan sangkaan, karena sesungguhnya sebahgian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha penerima taubat dan Maha penyayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12)

Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

renung2kanlah pakdoe.

hostgator coupon code