PADAN MUKA!!! Itulah kata-kata yang paling tepat sekali bagi penyokong tegar UMNO yang otak kematu seperti ini. Cabaran keras terhadap Papagomo agar disiarkan sekali lagi video yang dijanjikan...Mana dia video tersebut yang sibuk duk menyalak dalam blog...katanya UMNO janji ditepati. Kalau berani keluarkanlah video tersebut yang mendakwa DSAI bersama mahasiswa pula. Dasar kurang didikan agama, maka inilah akibatnya.
Budaya lucah yang disebarkan ke dalam masyarakat oleh makhluk seperti ini wajar diberi pengajaran yang secukupnya. Rosaknya masyarakat kerana wujudnya tangan-tangan sial seperti ini yang mampu membawa musibah ke dalam masyarakat. Video ini juga dikatakan baru dirakam sebulan yang lalu. Sebarkan cepat-cepat...jangan sekadar guna nama Mahathir sahaja. Ramai rakyat yang ternganga-nganga nak tunggu....
"Terus terang Gomo katakan klip video pertama akan membuatkan sesiapa yang melihat dan mendengarnya akan MUNTAH HIJAU. Klip video kedua pula Gomo yakin akan ada yang pengsan dan melopong mulut sampai tidak mampu untuk meluahkan apa apa selain dari Cacian dan Makian kepada Anwar Bin Ibrahim."
Hari ini, Anwar teruskan saman. Jadi apa lagi...keluarkanlah cepat....
KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.
Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.
Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
Khamis, 21 Mac 2013
MANA VIDEO YANG DIJANJIKAN PAPAGOMO...KATA JANJI DITEPATI... WOII...HARI INI SAMAN DITERUSKAN...LINGKOPLAH...!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan