Jumaat, 22 Februari 2013

HARI INI MAKA TERTUNAILAH JANJI DEEPAK UNTUK MENYAMAN NAJIB!!!


JANJI Deepak untuk menyaman Najib tertunai, manakala Najib yang berjanji untuk memberi tanah kepada Deepak pula tidak terlaksana. Mana janji ditepati, sudah dibalacikah?

Deepak Jaikishan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana komen dan dakwaannya bahawa ahli perniagaan itu "tidak boleh dipercayai".

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur petang ini melalui firma guaman M/s Daim & Gamany.

Deepak mendakwa perdana menteri telah mengucapkan perkataan fitnah itu dalam satu sidang akhbar bulan lepas, selepas mempengerusikan satu mesyuarat BN.

Peniaga memetik satu laporan di Malaysiakini bertajuk PM dismisses Deepak's allegations as 'not true', di mana Deepak mendakwa Najib telah mencemar reputasinya semasa sidang akhbar itu.

Deepak mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Najib itu membawa maksud beliau (Deepak) seorang yang tidak mempunyai reputasi yang baik, seorang penipu dan tidak boleh dipercyai, seorang yang rendah moral, dan tidak layak untuk mengadakan perhubungan profesional.

Deepak menuntut gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan.

Tak lama lagi Bala juga akan kembali ke Malaysia, mungkin sudah kehabisan wang sogokan. Bila Bala balik maka memang betul-betul Najib ditimpa "BALA". Mana lagi mau sembunyi diri. Melainkan hanya kematian saja yang melenyapkan segalanya.

Najib tidak wajar mendiamkan diri, dan melontarkan kesalahan itu kepada Deepak. Sebagai seorang pemimpin tertinggi yang membawa imej negara sudah amat wajar jika Najib menghentikan Deepak dengan apa cara sekalipun. Bukan bersifat penafian semata-mata.

Soal semata-mata untuk meraih publisiti amat tidak wajar dilabel kepada Deepak. Ini bukan soal publisiti, tapi ini adalah soal maruah dan integriti yang Najib sendiri perlukan sebagai seorang pemimpin. Apa guna jadi pemimpin andainya segala benda diperlekehkan oleh rakyat seperti Deepak.

Hari ini juga sebagai tarikh yang digembar-gemburkan sebagai hari pembubaran parlimen, dan disambut pula oleh saman Deepak pada hari ini. Memang bersifat celaka dan sial bagi UMNO seluruhnya membubarkan dewan pada hari ini. Akhirnya akibat tarikh hari ini tidak sesuai kerana dikatakan sial oleh bomoh UMNO iaitu Noh Gadut. Maka nampaknya parlimen belum lagi terbubar

PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code