Ahad, 7 Oktober 2012

UMNO MELAGA-LAGAKAN PIMPINAN PR DENGAN ISU KABINET BAYANGAN

BENAR, modal perjuangan UMNO menuju ke titisan darah terakhir mempertahankan politiknya di singgah sana sudah sampai ke acara klimaks apabila menggunakan kaedah serangan isu kabinet bayangan yang mampu menjadi teras pertelagahan antara pimpinan PR jika tidak ditangani dengan betul dan bijak. Pihak pembangkang juga harus sedar akan taktik dan strategi UMNO ini bila memainkan isu ini di muka depan akhbar rasmi milik mereka Utusan Malaysia sehari yang lalu.

Mengulas isu tersebut, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke ketika dihubungi berkata, ia merupakan rekaan dan mainan politik pihak lawan semata-mata.

“Sebelum ini pun kita tidak pernah buat apa-apa perbincangan mengenai kabinet bayangan. Ini merupakan perangkap semata-mata,

“Fokus kita sekarang adalah menang dalam pilihanraya. Soal jadi menteri adalah perkara kedua.” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah melihat wujud peningkatan kesedaran mahasiswa terhadap situasi politik semasa negara.

“Mereka pemimpin masa depan. Kita sangat berharap golongan mahasiswa ini ambil berat dan mengambil bahagian dalam menjadi sebahagian dari proses pendemokrasian negara ini walaupun tidak semestinya menyertai mana-mana parti politik,

Justeru tambah beliau, “Paling penting adalah kesedaran, ambil berat dan kepedulian mereka terhadap negara dan berdaftar sebagai pengundi. Masa depan negara terletak ditangan golongan muda.”

Sesungguhnya admin amat tertarik dengan penjelasan yang jelas konsep apakah kabinet itu adalah sesuatu yang praktikal dan munasabah dimainkan di Malaysia?

Serangan terbaru UMNO BN kali ini berterusan dengan menyerang Pakatan Rakyat yang tidak menampilkan kabinet bayangannya jika menang dalam PRU 13 ini kelak. Pastinya barisan kabinet PR itu kelak (jika diumumkan) akan diputar-putar menjadi bahan untuk melagakan anggota PR. Sudah terang lagi bersuluh, ini suatu kerja bodoh untuk dilakukan oleh PR.

Bercakap tentang kabinet bayangan ini, katanya di Parlimen UK, memang wujud kabinet bayangan ini. Ia wujud semasa kerajaan yang dipilih itu memerintah, bukan sekadar semasa kempen pilihanraya. Ia secara tidak langsung menjadi satu sistem ‘semak dan imbang’ tentang kerja-kerja kerajaan yang sedang berjalan yang akan sentiasa dipantau oleh barisan kabinet bayangan tersebut.

Kabinet bayangan dalam realpolitik

Katanya lagi, kabinet banyangan di UK ini diiktiraf sebagai satu elemen secara sah disisi undang-undang. Maka, kabinet bayangan ini bukanlah sekadar retorik politik untuk kempen raih undi, sebaliknya ia memang satu sistem yang berfungsi seperti mana yang telah disahkan oleh undang-undang British. Katanya lagi, menteri-menteri kabinet bayangan (yang terdiri dari parti pembangkang) memang dibayar separuh dari jumlah gaji menteri kabinet yang sedang berfungsi.

Katanya lagi, ia berfungsi sedemikian kerana mahu memastikan kabinet bayangan ini juga membuat kerja dengan betul, bukan makan gaji buta untuk kepentingan politik sempit. Nah, sistem kabinet bayangan di UK ini rupanya lebih memahami yang mana politik sampah dan yang mana realpolitik.

Justeru, pasti ada yang berkata, pasti duit cukai rakyat akan habis untuk menggajikan semua menteri kabinet banyangan ini. Tetapi tidak, sistem kabinet bayangan di UK ini pula, bukanlah mencakupi semua portfolio (kementerian). Ia hanya meliputi beberapa kementerian yang penting contohnya, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Undang-undang dan Keselamatan dan Kebajikan.

Ia sekitar empat ke lima portfolio sahaja. Bergantung kepada saiz kabinet kerajaan itu sendiri. Ini disebabkan, sistem kabinet bayangan ini hanya bertujuan untuk memantau beberapa kementerian yang sangat penting yang banyak melibatkan kepentingan awam. Maka, menteri-menteri kabinet bayangan pembangkang ini bertanggungjawab pula untuk memantau secara rasmi dengan mendapat akses maklumat dan dokumen setiap kerja yang dibuat oleh kementerian terbabit. Ini pastinya meningkatkan mutu kerja, pentadbiran dan secara tak langsung ia pasti meningkatkan mutu perdebatan politik.

Retorik Kabinet Bayangan di Malaysia

Tetapi di Malaysia, sistem pemerintahan yang kita ada dikatakan mengambil model British iaitu Westminster, namun demikian sistem kabinet bayangan ini hanya menjadi isu, bukan diimplimentasi menjadi realpolitik sebagaimana yang dipraktikan oleh model Westminster itu sendiri. Tetapi ‘ini model dan acuan kita’, inilah alasan klise UMNO BN.

Akhirnya semua perkara-perkara baik, tidak dapat diterjemah dengan sihat untuk rakyat fahami malah ia menyimpang hingga menjadi politik murahan. Inilah yang sedang dijaja oleh UMNO.

Malah Parlimen kita juga agak miskin dari segi semangatnya. Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak ada peruntukan untuk mengupah tenaga kerja pakar dan penyelidik untuk membantu kerja-kerja parlimen dalam merangka, membahas dan merencana dasar negara.

Akhirnya, ini juga menjadi salah satu faktor penyumbang lahirnya ‘perbahasan politik yang murah’ di Parlimen.

Parlimen kita hanya gah dengan bangunannya. Itu sahaja.

Sekarang UMNO nak bercakap tentang kabinet bayangan? Hentikanlah. – Roketkini.com

P/S: Bila USA sehari dua ini sibuk dengan perdebatan antara calon presiden dan presiden sedia ada (Obama vs Romney). Malaysia sibuk menjaja kabinet bayangan pembangkang di samping terus menyembunyikan "presiden" untuk berdebat dengan pembangkang. Inilah modal dan senjata yang amat dayus dan kotor yang diamalkan dalam demokrasi politik di Malaysia.

PATUTKAH PRESIDEN ATAU PERDANA MENTERI "BUAT SUATU BENDA" ATAS NAMA RAKYAT TAPI TIDAK BOLEH DIBANGKANG...???


PAKDOE ALLAN

1 comments:

lijitra berkata...

dah tau kisah tu karut dan perangai umeno be end macam tu, dok ambik peduli buat apa.biar depa dok meroyan sendiri.

hostgator coupon code