Rabu, 31 Oktober 2012

ORANG SUDAH MATI PUN MASIH BOLEH MENCARI KEKAYAAN...

DUNIA hari ini semakin tidak keruan. Semakin gila dan amat pelik. Kalau ilmu itu adalah punca mencari kekayaan, bahkan adanya ilmu maka di sana adanya kekayaan, sehingga diriwayatkan ilmu itu amat penting kepada manusia kerana itu ilmu wajib dituntut hingga ke akhir hayat, tapi tidak bagi orang yang mencari harta kekayaan. Jika ilmu itu tidak habis untuk dipelajari, jika ilmu itu wajib dituntut hingga ke negeri China sekalipun, namun semuanya itu hanyalah semasa nyawa dikandung badan. Bila sudah mati maka habislah tugas manusia untuk menuntut berbagai jenis ilmu yang ada di dunia ini kerana di alam barzakh dan alam akhirat, manusia tidak lagi perlu untuk belajar dan mencari ilmu. Bukan macam mencari kekayaan, dah mati pun manusia masih boleh mencari harta kekayaan dunia, biarpun hanya untuk orang lain.

Menggali khazanah dunia sesudah mati bukan menjadi satu fenomena pelik dunia sekarang, jika dulu manusia sibuk mencari harta peninggalan si mati seperti harta peninggalan arwah, yakni harta pusaka, harta karun malah harta firaun juga turut menjadi mangsa kepada manusia-manusia yang ingin kesenangan dunia.

Antara manusia yang sudah mati tapi masih menjana harta kekayaan adalah seperti di bawah:

BINTANG legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.

Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.

MENDIANG Elizabeth Taylor dan Michael Jackson merupakan dua selebriti yang telah meninggal dunia
tetapi masih meraih pendapatan tahunan mencecah ratusan juta ringgit.


Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen.
PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code