Isnin, 27 Ogos 2012

UMNO: JUDI BOLA NAK, HUDUD NAK, HARAM NAK HALAL NAK...

MANA satu pendirian ahli UMNO yang mendakwa sebuah parti orang Melayu atomatisnya Islam. Malangnya maksiat didulukan, agama dikediankan. Rakyat di 'watercanonkan', pemimpin diberilembukan'. Satu Malaysia semuanya nak disamakan, yang halal disatukan dengan yang haram, haram + halal=HARAM JADAH. Patutlah Datuk Seri Haji Najib Al-Palati sering guna perkataan HARAM JADAH. Rupanya halal dan haram pun tak tahu beza.

Akibat pentadbiran UMNO yang sudah menelan usia puluhan tahun dan jauh lebih tua berbanding PM Datuk Seri Haji Najib Al-Palati. Maka sudah semestinya bila rumah lebih tua berbanding tuannya maka eloklah jika rumah itu runtuh dulu. Robohkan dulu, buat rumah baru yang lebih selamat. UMNO nak kepada judi, kini nak pula kepada hudud. Apa UMNO sudah insafkah? Atau bersikap munafiq, untuk menang PRU-13. Bila dah menang hudud tah ke mana sebaliknya judi bola semakin terserlah.

UMNO terkenal dengan sikap putar alam, hingga diberi nama United Munafiqin Nation Organisation. Malah dalam majalah antarabangsa telah mengelaskan barisan pimpinan yang ada dalam UMNO adalah terdiri dari golongan Autarkrat, Demonskrat dan telah diakui sendiri oleh Tong Mahathir sebagai Setan.

Jelas, dari dulu sampai sekarang UMNO sayang melepaskan kuasanya, rakyat yang buta huruf, jahil agama dan yang bengap-bengap semuanya duduk dalam UMNO. Tapi tak apa sebengap-bengap puak UMNO mereka lebih kaya dari 3 Abdul.



Judi bola nak, Umno usah berlagak mahukan Islam

KUALA LUMPUR: Kalau judi bola pun hendak dilaksanakan oleh pemimpin Umno, tidak perlulah parti itu berlagak mahukan Islam, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola.

"Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya.

Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP.

"Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Umno membatalkan keinginannya hendak mewujudkan judi bola, tetapi bukan kerana keyakinan kepada Islam.

"Bukan kerana Islam tetapi kerajaan Umno membatalkan keinginan hendak mewujudkan judi bola itu disebabkan tentangan yang meluas termasuk dari rakyat bukan beragama Islam malah ahli-ahli Parlimen dari DAP antara yang lantang menentang hasrat Umno itu," katanya.

Mahfuz mengingatkan, Umno tidak perlulah berlakon kononnya mahukan Islam kerana pada masa yang sama tindakannya lebih banyak mengingkari Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat tidak henti-henti menyaksikan Umno mengulang-ulang sikap menuduh undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

"Para pemimpin Umno tidak henti-henti menolak undang-undang Islam tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan," katanya.

Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.

"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.

"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz mengalu-alukan pandangan seorang ahli akademik yang mengakui PAS tetap mempertahankan pendiriannya.

Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan, pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid berkata, PAS dan DAP akan terus mempertahankan pendirian mereka dalam isu hudud.

Akhbar yang sebelum ini dilaporkan sebagai ditentukan kandungannya oleh Biro Politik Umno itu seterusnya melaporkan bahawa pensyarah itu juga berkata, PAS "tidak akan lari daripada hukum hudud".

P/S: KALO NAK PERGI MEKAH PUN GUNA ULAMA SONGLAP YANG ADA DALAM PAS, NAK AJAK ULAMA UMNO SEMUANYA ULAMA SALAK SAJA...HANYA PANDAI MENYALAK...NAMPAK SANGATLAH BETAPA KORANGNYA ILMU AGAMA PUAK-PUAK HARAM JADAH NI...

PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code