Selasa, 28 Ogos 2012

TAK DE KORJE CARI KOJOL....RAHIM NOOR!!!

DENGAN menggunakan mulut busuknya (gigi tak gosok) yang Allah karuniakan kepadanya, walaupun busuk macam mana sekalipun tidak lain dan tidak bukan untuk mengungkapkan kata-kata yang manis dan tidak berbaur fitnah dan hasutan sebagaimana mulut2 dan tangan2 puak UMNO lain. Seperti menuduh Dr Asri sebagai PUKIMAK. Malah bila pemimpin agungnya yang diiktiraf umpama NABI dalam koloninya mengakui sendiri bahawa beliau adalah SETAN TUA KUTOK, dan geng dia pula adalah SETAN POPULIS. Maka seorang lagi bos besar geng UMNO (bekas KPN) berdepan bala, bila menggunakan kederat (kudrat) mulut untuk mengutok orang....memang kerja SETAN. Maka inilah akibatnya, jika diri merasa terlalu hebat dan kebal dengan undang-undang dunia. Bila diri rasa riak dan sentiasa ada saja penolong dari Geng Syaitan yang lain datang menolong. Tapi nampaknya sekali ini tiada yang dapat menolong hanyalah Allah sahaja. Bekas bos Setan ini kini berdepan musibah. Pendek kata tiduq tak lena gak la...

Biar dia rasa...tak de korje cari kojol...biar dia mamposss!!!


(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapa kafir)


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.
Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.

Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'

Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.

Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"

Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.

Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.

Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.

Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.

Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.

Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.

Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.

Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."

Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah.

PAKDOE ALLAN

1 comments:

Suasana Politik Malaysia berkata...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan seperjuangan sekeluarga.

Ucapan yang sama juga kepada semua pengunjung di sini.

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

hostgator coupon code