Selasa, 28 Ogos 2012

SEKALI LAGI NAJIB AL-PALATI 'BELI' UNDI DARI PAK IMAM...


NAJIB menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada imam dan ketua kampung di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

SETELAH memaksa para imam untuk berkaraoke, kini Najib sekali lagi membeli para imam dengan gegula 'Haji' seperti dirinya juga yang pergi ke Mekah menunaikan Haji dengan jet milik kerajaan Malaysia. Baru-baru ini Najib menunaikan umrah dengan dipandu oleh Timbalan Presiden PAS-Nasharuddin Mat Isa berikutan tiada lagi ustaz dalam UMNO yang mampu menjadi jurupandu kepada pakej umrah Najib.

Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji

NAJIB menyampaikan surat tawaran menunaikan haji kepada imam dan ketua kampung di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci Mekah pada tahun ini.

Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri Perdana di sini semalam.

Najib turut menghulurkan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 seorang kepada setiap bakal haji itu.

Dalam ucapannya, Najib berkata, program itu dibuat atas kesedaran betapa besarnya peranan dan sumbangan imam dan pengerusi JKKK dalam masyarakat.

“Saya berazam, sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, saya akan melakukan yang sebaik-baiknya mengikut kemampuan kerajaan untuk terus membela kumpulan ini dengan memartabatkan kedudukan dan kebajikan mereka,” katanya.


PAKDOE ALLAN

0 comments:

hostgator coupon code