Rabu, 11 Januari 2012

MALAYSIA PERLU MENGUJI BARISAN PARTI PAKATAN RAKYAT, MESKIPUN CUMA SEPENGGAL

BENAR, setelah lebih 50 tahun negara ini berada di tangan Barisan Nasionnal, rakyat sudah cukup matang malah tahu banyak kelemahan dan kekurangan. Banyak ketirisan dan ekonomi yang malap. Ramai rakyat yanng tertindas dan tidak selesa dengan kenaikan berbagai jenis barang. Peluang pekerjaan yang sempit. Pembuangan kerja yang banyak, sudah tidak lagi menampakkan berbaloinya memilih UMNO untuk kesekian kalinya.

Pemimpin rasuah bertebaran dalam UMNO, pemimpin yang kaya meningkat, rakyat yang miskin makin meningkat. Gaya kepimpinan yang sering menipu rakyat dalam banyak hal menggambarkan kepada kita dengan jelas betapa UMNO tidak lagi layak menjadi sebuah parti yang berwibawa. Tidak lagi...

Politik yang tidak demokrasi dalam UMNO sudah menjadi kudis buta yang bakal menjangkiti segenap lapisan masyarakat di dalamnya, bermula pemimpin peringkat tertinggi sehinggalah kepada penghulu-penghulu yang berada di kampung-kampung semuannya berkudis dengan sikap kronisme. Berkudis dengan rasuah, pemilihan individu yang sealiran atau separti dengannya untuk membantu mengagihkan berbagai kemudahan yang sepatutnya sama rata tanpa mengira ideologi dan parti jelas membuktikan betapa UMNO bukanlah parti rakyat. Tapi hanyalah parti yang mementingkan diri sendiri saja.

UMNO membina pembangunan untuk rakyat hanya apabila sebahagian dari orang besar mereka mendapat keuntungan darinya, jika tiada kepentingan perniagaan di dalamnya maka UMNO tidak akan buat atau bina hatta mendirikan sebuah rumah ibadat sekalipun. Meskipun rakyat begitu memerlukan, tapi sekiranya kawasan itu ramai pengundi terdiri dari parti pembangkang, maka segalanya akan berkubur begitu saja, sampai bilapun UMNO tidak sesekali membina keperluan tersebut.

Sikap pendendam sebegini sama sekali tidak patut berlaku sebagai sebuah parti kerajaan. Sebuah parti kerajaan yang memimpin sepatutnya memberi pengagihan kemajuan kepada semua lapisan masyarakat secara sama-rata tannpa kira bulu.

Bila hampir mengundi saja baru UMNO berbakti kepada rakyat dengan memberikan bantuan RM100 kepada budak sekolah tanpa mengira kepartian dan bantuan RM500 kepada rakyat di bawah garis kemiskinan RM3000. Rata-rata yang mendapat habuan lebih ialah orang UMNO, apa tidaknya penyokong pembangkang jika nak ambil duit itu kena maki dulu baru dapat isi borang itupun belum tentu lagi dapat.

Bantuan kepada rakyat bila hampir saja tempoh pilihan raya bukan sesekali mencerminkan keikhlasan kerajaan terhadap rakyat tapi sebenarnya ada agenda yanng terselit di dalamnya. Apatah lagi sinonimnya sikap orang melayu yang digambarkan sendiri oleh pemimpin UMNO sebagai mudah lupa, bila saja dapat habuan maka segala jerih payah dan penderitaan akibat penindasan UMNO dilupakan begitu saja. Inilah sikap yang sukar diparadigmakan.

UMNO mula mencari sebab mengapa kebelakangan ini mereka tewas dalam banyak isu, bermula isu BERSIH, NFC serta banyak lagi sehinggalah isu pembebasan Anwar Ibrahim, sokongan Cina yang mula menampakkan peningkatan terhadap DAP dan meninggalkan MCA juga menerangkan dengan jelas betapa kecenderungan rakyat kini mula beralih arah serta berpaling tadah terhadap situasi kepimpinan UMNO menerajui komponennya.

Justru dengan kekhilafan-kekhilafan dan siri penyelewengan dalam UMNO telah memberi jawapan kepada kita bahawa UMNO sewajarnya diajar dan dibenamkan dengan kesedaran yang benar lagi mendalam.

Sudah sampai masanya UMNO digulingkan (melalui piliha raya) seperti mana jatuhnya negara-negara kuku besi sebelumnya. Jatuhnya negara yang dikuasai anak-beranak dan sebagainya yang bertunjangkan kepentingan peribadi. UMNNO kian hanyut dalam dunia dan manifesto yang tidak kesampaian. Lemas sendirian mendakap angan-angan melangit.

Alternatifnya, rakyat secara total harus memberi peluang kepada barisan baru yang tidak sealiran dengan dasar UMNO. Rakyat harus berani mencuba, harus berani berubah. Jangan sesekali memandang rendah terhadap wacana dan ideologi politik orang lain. Belum cuba, maka belum tahu.

Lantaran itu saya menyeru agar kita harus memberi peluang kepada parti selain BARISAN NASIONAL untuk mentadbir urus negara ini. Tengok apa yang akan berlaku, benarkah ini semua berlaku sebagaimana yang dijanjikan???

Alangkah baiknya andai segala janji yang ditabur itu terlaksana, kita tengok dari berbagai sudut. Sudut Kabinetnya, portfolionnya malah berbagai sistem yang baru mungkin terlaksana dengan gaya yang baru pula. Seperti UMNO sekarang kita sudah tahu...tak ke mana perginya.

Jika Pakatan Rakyat tidak serasi dengan kita, tidak benar sebagaimana terdakwa dalam janji-janjinya untuk membela rakyat. Apa lagi kita tunggu, tumbangkan saja dalam pilihan raya berikutnya. Apa akan jadi kepada Malaysia? Inilah sebuah negara yang benar-benar demokrasi. Selagi tidak berubah maka selagi itulah kita masih tinggal dalam gua sejak zaman berzaman ini.

Akhirnya pada pandangan ini sewajarnya segenap lapisan individu dan pemikiran yang lahir secara batiniah mahupun zahiriah mesti berani melakukan perubahan secara total. Mesti berani.

Berilah peluang kepada sebuah parti yang baru, kepimpinan yang baru dan ideologi yang baru untuk mentadbir negara ini. Cukuplah dengan kebobrokan yang ada dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL. Cukuplah.

Berilah peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk membuktinya. Meskipun cuma sepenggal!!!



0 comments:

hostgator coupon code