Selasa, 27 Disember 2011

SAHABAT KARIB DARI GUAL PERIOK DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

MOHD. Hazlani Che Hussin (kanan) dan Mohd. Azlan Mat Nor di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 12 Dis. - Persahabatan sampai ke tali gantung. Itulah kenyataan yang terpaksa diterima oleh dua pemuda yang menjalinkan persahabatan sejak kecil apabila kedua-duanya hari ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd. Hazlani Che Hussin, 20, dan rakan baiknya, Mohd. Azlan Mat Nor, 20, saling berpandangan sebaik sahaja Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman yang turut menyebabkan beberapa ahli keluarga mereka yang hadir menjadi sebak.

Kedua-dua pemuda yang berasal dari Pasir Mas itu didapati bersalah mengedar 23.11 gram methamphetamine tahun lalu.

Menurut pertuduhan, Mohd. Hazlani yang merupakan bekas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi dan Mohd. Azlan didakwa bersama-sama mengedar dadah tersebut di hadapan pintu gerbang Masjid Beijing, Rantau Panjang pada pukul 2 petang, 3 Februari 2010.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

''Saya dapati tanpa keraguan yang munasabah tertuduh-tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan. Sebagaimana yang diperuntukkan Seksyen 39B(2) akta tersebut, hanya satu hukuman ke atas pesalah iaitu hukuman gantung sampai mati,'' kata Azman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed.

Terdahulunya Sukri memberitahu mahkamah, Mohd. Hazlani merupakan penuntut di sebuah IPT di Terengganu manakala Mohd. Azlan sedang menunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) masing-masing berusia 19 tahun ketika kesalahan itu dilakukan.

0 comments:

hostgator coupon code