Ahad, 4 September 2011

USTAZ AZHAR IDRUS SUDAH JADI KARAM SINGH WALIA?


Sama sekali tidak terduga, jauh sangka pada jangka, cempedak menjadi nangka, ahli syurga masuk neraka...namun inilah yang terjadi dalam dunia perustazan negara. Tidak susah menjadi ustaz - kerana pakai sarban pun orang Cina dah panggil kita 'ustaz'. Sebaliknya juga tidak susah untuk 'murtad' kerana pergi ke gereja untuk terima bantuan pun sudah dikatakan 'keluar' dari Islam. Jika cakap Mat Indera pahlawan negara dicerca dan dikutuk sepanjang hayat, tapi jika cakap tak serupa bikin itulah yang menjadi pujaan dan banggaan negara.


Berbalik kisah kepada sejarah Karam Singh yang hampir karam ini ialah kononnya dialah penyelamat alam sekitar negara, pantang ada pencemaran bahkan setongkol tahi kucing di tepi ataupun di tengah jalan sekalipun jika ternampak oleh Karam Singh Karam ini alamat kepoh satu dunia agar majlis perbandaran yang terlibat datang menyapu tahi kucing tersebut sehingga bersih, jika tidak D.O yang terlibat akan dianugerahkan batang penyapu dan berus jamban oleh gemulah Khir Toyo.

Namun apa yang terjadi kepada Karam sekarang? Dialah pula yang menjadi tokoh 'savior' kepada kilang Lynas yang heboh diperkatakan mengandungi sisa radioaktif yang bakal membawa kesan yang buruk dalam masa panjang. Karam Singh yang sudah murtad dari jalannya ini kini sering menghantui penduduk di sekitar kilang Lynas dan Kuantan amnya [klik sini]. Watak Karam ini menjadi wajah hantu raya di setiap corok kampung dan pekan sekitar Lynas. Bahaya yang menjengah satu masa nanti bakal meranapkan impian penduduk Kuantan menjadi satu bangsa yang maju dan moden. Inilah sejarah ringkas Karam yang karam ini.

Manakala ustaz yang menjadi bualan kerana kepetahan dan serangan tajam kepada mana-mana pihak yang berkepentingan serta selitan jenaka dan humor dalam setiap ceramah agamanya menyebabkan sesiapa yang mendengarnya amat terkesan dan terhibur sekali kini sudah mula mengikut jejak Karam Singh Karam ini. Sudah lari dari topik asas yang dibincangkan, apatah lagi keputusan tanpa penjelasan yang putus ini nyata memberi kalam wal kalabut dalam kalangan jemaahnya.

Namun apakah perkataan itu hanya bertujuan untuk mencegah perbuatan itu atau ada maksud lain, tiada siapa yang dapat membuat tafsirannya, tapi hakikatnya beliau sudah memberi satu jawapan yang salah dan mengelirukan berkaitan dengan soal nikah kahwin yang diajukan seorang jemaah kepadanya. Penyoal tersebut telah bertanyakan berkenaan hukum berkahwin di Golok, sah atau tidak? Beliau menjawab 'tidak sah'. Walhal dalam banyak ustaz dan tok guru yang ditemui sebelum ini semuanya mengatakan hukum itu 'sah' asal menepati rukun-rukun nikah-kahwin. Bila jawapan 'tidak sah' ini yang diucapkan depan khalayak jelas menimbulkan syak dan prasangka yang berbagai dalam kalangan jemaah terbabit. Apa tidaknya, sebab ramai umat manusia Islam di Malaysia ini menjalankan aktiviti nikah kahwin di sebelah Siam dengan berbagai alasan dan polemik rumah tangga. Hidup zaman berzaman hingga ke anak cucu tapi sebenarnya tidak diiktiraf oleh Azhar Idrus selaku 'ustaz' yang bertauliah. Mengapa begini jadinya?

Kesimpulannya, jangan mengambil mudah isu ini kerana besar kesan dan akibatnya yang bakal diterima oleh generasi akan datang. Jangan pula mudah memesongkan landasan yang dibina ke arah yang bertentangan sebagaimana yang Karam Singh lakukan. Takkan nak jadi Ustaz Azhar Idrus bin Karam Singh Walia kut. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

ye bloger nie

hostgator coupon code