Selasa, 20 September 2011

UMNO: LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA

Inilah budaya UMNO sejak dari dulu lagi, walaupun orang lain bersusah-payah memperjuangkannya namun akhirnya UMNO yang mendapat nama. Sikap 'bedebah politik' ini jelas menunjukkan betapa kering gusi dan tiada modalnya UMNO menyusuri hari-hari kejatuhannya. Mengambil idea orang lain kemudian mengaku hasil usahanya telah terbukti sejak negara belum merdeka lagi.

Kini, sekali lagi sejarah itu berulang, jika merdeka dulu UMNO mendakwa kerana merekalah Malaysia merdeka. Sekali gus menempelak dan menafikan hak pejuang orang-orang terdahulu yang berjuang menentang penjajah, sebaliknya mengiktiraf pejuang-pejuang yang menentang komunis yang tidak pernah menjajah Tanah Melayu sebagai 'pejuang' kemerdekaan dan berlarutan sehingga hari ini dengan mengutip sumbangan derma dari orang ramai untuk menjayakan program 'Hari Pahlawan' yang tidak tahu apa motif sebenar pengumpulan dana itu. Untuk apa? Sedangkan masih ramai rakyat awam yang menderita dan miskin di negara ini. Lagipun takrifan 'pahlawan' dalam konteks kemerdekaan Malaysia tetapi tidak pernah berperang dengan penjajah sebaliknya 'berkawan' menurut ramai pemikir dalam UMNO termasuk Mahathir Mohamad sendiri jelas membuktikan kepahlawanan pejuang yang diagungkan itu bukan menentang penjajah tetapi lebih kepada pemberontak seperti komunis. Jika ini maksudnya ia bukan pahlawan tapi kewajipan sebuah kerajaan menentang 'pemberontak'. Apakah ini matlamatnya? Jika dalam periksa menulis karangan jenis kepahlawanan sudah lari tajuk sama sekali. Apakah polis yang menentang Bersih 2.0 baru-baru ini akan dianggap sebagai perwira dan pahlawan?
Najib kencing lagi...!

Hari ini sekali lagi kedurjanaan Najib Razak yang menjadi wakil ulung parti UMNO mendakwa bahawa ISA yang dihapuskan adalah hasil usahanya. Media pro Umno sejak kelmarin melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, menurut Najib, langkah berkenaan dibuat oleh Kerajaan BN kerana Kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang mahukan perubahan.

Sehubungan itu, Najib meminta agar jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka.

Ulasan seperti itu dibuat oleh Najib sejak keputusan memansuhkan ISA diumumkan menerusi perutusan Hari Malaysia pada 16 September.

Selain itu, beliau juga berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan Rakyat yang mengatakan langkah Kerajaan BN memansuhkan ISA merupakan salah satu usaha yang digariskan dalam manifesto Buku Jingganya.

Kesimpulannya gerombolan UMNO suka mencari kesempatan di atas hasil usaha orang lain kemudian mengaku miliknya, lembu punya susu sapi dapat nama.



0 comments:

hostgator coupon code