Khamis, 15 September 2011

NAJIB: BUNUH ISA GANTI DENGAN ADIK-BERADIK ISA: BLOGGER UMNO MEROYAN - HANGIN SATU BADAN, SEMPUT DAN GILA BABI

Tukar pelapik atau salin tikar, itulah yang dapat digambarkan oleh sikap dan keikhlasan Najib menjelang hampirnya saat kejatuhannya dalam PRU-13. Nampaknya semua bahagian UMNO dalam Malaysia kini bekerja kuat untuk memenangi kerusi dan menjaga hati rakyat yang sudah terluka ditikam gerombolan Najib.

Pengumuman yang dibuat Najib bukanlah satu kejutan sama sekali. Tapi hanyalah satu sandiwara politik yang pernah dilakukan Mahathir pada eranya dulu. Perlakuan dan janji yang ditabur semasa hampir mengundi akan dilupakan begitu saja setelah memenangi pilihan raya - kata Mahathir. Menurutnya lagi ini adalah satu taktik biasa menjelang pilihan raya. Ibarat berpuasa untuk beraya, matlamat utamanya nak menyambut hari raya bukan 'puasa' yang diutamakan.

Inilah 'umpan' Najib bagi menyambut pilihan raya. Menurut Dr Asri Zainal Abidin yang begitu teruja dan bangga dengan penghapusan sebarang bentuk akta yang menindas rakyat ini, malah menganggapnya sebagai satu 'sejarah'. Padahal sebenarnya pandangan Dr Asri ini dari satu sudut yang dramatik memanglah patut dipuji dan mulia sekali tindakannya. Namun terlupakah kita pada iradah maksud yang tersirat ini. Sebenarnya kata-kata Najib ini belum lagi muktamad. Jangan sesekali mudah melatah dengan sikap kluk-klek Najib dalam segala hal.

Najib merupakan seorang ahli politik yang agak kontroversal dan penuh muslihat ibarat lurus telunjuk kelingking berkait, tepak di luar runcing di dalam, hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong. Lebih baik kenyataan-kenyataan yang lebih merujuk kepada jerat ini tidak termakan dik putar-belit Najib yang bisa berlaku dalam pusingan 360 darjah itu.

Orang yang senang terpedaya sebeginilah yang bisa mematahkan galah bila mengait buah. Dr Asri yang begitu cepat memberi respon itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mendapatkan restu dari kecurangan-kecurangan yang dilakukan selama ini agar cepat pula sembuh sebarang kelukaan yang terpampang di dada UMNO dik perbuatan Dr Asri selama ini terhadap parti itu. Ini juga satu peluang yang terbuka luas buatnya untuk kembali ke landasan 'neutral' setelah lama bergelumang dengan pembangkang sejak isu  keganasan Wahabi oleh Majlis Keselamatan Negara tempoh hari.


Najib secara literalnya telah menghapuskan akta ISA namun masih ada pelapiknya yang bakal diganti, perkataan Najib ini seolah-olah hanya menukar 'nama lesen' saja sedangkan syarikatnya masih sama. Orang yang mendapat kontrak masih sama cuma lesen saja orang lain punya. Inilah yang belum diberikan oleh Najib, kata-kata manis ini sebenarnya masih boleh dipertikaikan kerana ada lagi niat untuk menggubal undang-undang berbentuk sedemikian.

Ibarat cukai Telco yang dibanggakan oleh Rais kerana dapat menyelesaikannya konon bagi Rais sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab berjaya memujuk syarikat itu supaya rakyat tidak dikenakan cukai 6% itu. Tanpa disedari itu belum muktamad cuma 'ditangguhkan ssaja demi pilihan raya. Tengoklah nanti! Bila sudah menang pilihan raya cukai ini pasti naik. Naik dengan alasan yang berbagai-bagai. Fenomena ini satu budaya dalam rasmi dalam UMNO.

Nampaknya semakin menggelabahlah kumpulan blogger UMNO dengan kenyataan Najib itu. Al-maka semakin sengkeklah ilham dalam penulisan dan permintaan Ibrahim Ali agar Mat Sabu dibuang negara. Kupasan demi kupasan yang bakal ditonjolkan dalam blog pro-UMNO. Sama-samalah kita baca dan dengar rintihan serta luahan hati sang blogger UMNO yang meroyan ini.

MENYUSUL LAGI


0 comments:

hostgator coupon code