Isnin, 5 September 2011

MAYAT REMAJA WANITA TANPA SEURAT BENANG DITEMUI TERBAKAR


KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dengan kesan 80 peratus kebakaran pada badannya ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang, tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira 1.35 tengah hari dilihat tidak berpakaian kerana dipercayai terbakar selain rambutnya juga sudah terbakar.
"Mayat wanita yang ditemui dalam keadaan terlentang itu dipercayai seorang remaja berdasarkan keadaan fizikalnya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta tempoh kematian.

Amiruddin juga meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil selain akan menyoal siasat penduduk sekeliling bagi mengumpul maklumat.

0 comments:

hostgator coupon code