Rabu, 7 September 2011

DERMA HARI PAHLAWAN 'KONON', SEMUA PENENTANG BRITISH ADALAH 'PENGKHIANAT'


Kepada sesiapa yang menjadi rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa sejarah telah tertulis demikian. Menurut beberapa sumber sesiapa yang menjadi penentang kepada kerajaan British pada masa itu akan dianggap sebagai 'pendurhaka' dan pengkhianat negara serta sama sekali tidak layak menerima berbagai pujian apatah lagi untuk dikuburkan di negara inipun memang tidak layak.

Demonstrasi zaman British
Persepsi nagatif ini telah dibuat sedemikian agar propaganda kerajaan akan berterusan sehingga sekarang termasuklah 'derma hari pahlawan' yang diwajibkan kepada setiap sekolah, padahal usaha sedemikian amat tidak wajar memandangkan askar dan tentera sekarang tidak lagi berperang, soal bantuan dan sebagainya tidak perlulah dirayu dan diminta macam peminta sedekah kepada orang ramai kerana mereka adalah merupakan pembayar cukai. Lagipun askar dan tentera mempunyai pencen sedangkan orang kampung tidak pernah mendapat habuan sedemikian, tambah-tambah lagi dengan harga barang yang semakin melambung kini.

Manakala para pemimpin UMNO asyik berfoya-foya dengan 'curi-curi' bercuti ke luar negara di hari yang sangat penting ini, sepatutnya berada bersama-sama rakyat, menziarahi warga-warga miskin dapat juga pahala bukan pergi melawat pelajar di luar negara yang hidup dengan bantuan dan pinjaman dari kerajaan. Mengajak kaum keluarga dengan penerbangan peribadi paling teruk dengan menggunakan pesawat khas kerajaan. Bukankah ini satu pembaziran?? Lagipun sikap sedemikian langsung tidak mencerminkan semangat patriotik.

Wang ditukar dengan nilai patriotik

Manakala bekas yang konon 'perajurit' (padahal tak pernah berperang pun) sibuk meminta sedekah di seluruh sekolah dalam Malaysia untuk memohon bantuan dan derma konon 'derma hari pahlawan'. Kemudian menanam sikap patriotik dalam kalangan pelajar supaya bersifat menghargai semangat perjuangan. Perbuatan ini adalah merupakan serampang dua mata pihak penganjur sahaja untuk mengabui mata orang yang bongok dan kelu. Padahal matlamat sebenar hanyalah WANG, WANG, WANG, WANG...Untuk apa? Kita sendiri tidak pernah didedahkan dengan jumlah kutipan derma ini dan ke mana duit ini dibelanjakan. Sedangkan kita kena ingat pejuang-pejuang itu sudah ada pencen dan mendapat anugerah lagi. Apa yang nak dikisahkan oleh penduduk kampung yang nak makan pun tak cukup.

Zahid Hamidi yang menjadi Menteri dalam bab inipun tidak pernah mengkaji rasionalnya 'derma paksa' ini dijalankan di sekolah.

1. Apakah dengan menjaga kebajikan bekas tentera harus diambil dari rakyat?

2. Apakah dengan memberi derma itu akan menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah?

3. Apakah kegemparan dan publisiti yang dibuat itu demi mendapatkan wang dari rakyat Malaysia, padahal askar dan tentera sudah mempunyai gaji dan pencen.

4. Adakah semua askar dan polis itu dianggap sebagai pahlawan? Padahal ramai dalam kalangan mereka tidak pernah berdepan dengan musuh pun?

5. Cukuplah 'Hari Pahlawan' itu hanya dibuat bersekali dengan 'Hari Merdeka' tak perlulah nak membazir duit rakyat untuk mereka, sepatutnya jika tak cukup kerajaan yang bertanggungjawab membantu bukan rakyat.

6. Apa salahnya jika kementerian lain juga ingin berbuat demikian, yakni meminta derma paksa dari rakyat Malaysia?

7. Keamanan yang dikecapi kini bukan hasil keikhlasan dari tentera dan polis sekarang kerana mereka mencari wang dan gaji, cuba tengok jika mereka ini tak dibayar gaji selama 3 bulan atau kurang saja apa akan berlaku? Mahukah mereka ini berjuang demi negara?

Kesimpulannya hentikanlah sandiwara 'pungut derma' ini, usah dijadikan satu mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah, ini membebankan rakyat dan pelajar sahaja. Lagipun program ini hanya menyebabkan pelajar rugi satu hari kerana mempelajari sejarah perjuangan yang jelas bukan satu cerita yang benar semata-mata, tapi hanyalah satu persepsi perawi yang condong kepada mana-mana idealogi yang diinginkan. Fikir-fikirkanlah...





0 comments:

hostgator coupon code