Sabtu, 3 September 2011
ANTARA MAHARAJALELA, MAT INDERA, IBRAHIM LIBYA DAN MUHAMMAD AMIN
Sebelum melayari dengan lebih jauh sila klik [sini], [sini], [sini], dan [sini]
Begitulah kisah dan pengajaran yang diperoleh oleh sejarah berkenaan dengan sejarah dulu-dulu. Fakta-fakta yang tercatat di sana kebanyakannya adalah mengikut kepada acuan yang terletak dan tersimpan penuh dalam benak penulis yang cenderung ke arah mana dan benarkah ada penulis yang benar-benar berkecuali?
Siapakah sebenarnya antara mereka pengkhianat bangsa dan negara? Jika melihat kepada pihak kerajaan yang memerintah pada masa itu, maka sudah pasti sejarah yang tertulis kini telah menunjukkan bahawa kesemua mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara termasuklah Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Nik Aziz, Hj Hadi, Ambiga dan lain-lain yang cuba menempa nama sebagai pejuang negara tetapi mereka ini tidak ubah seperti petualang-petualang yang telah terkorban demi negara satu masa nanti.
Sebaliknya antara hero-hero sebenar yang bakal tercatat dalam sejarah masa depan yang penuh bermakna kepada generasi akan datang ialah Mahathir, Najib, Rosmah, Musa Hassan, Ismail Omar, Ghani Patail,Zaki Tamplon (hakim), Zulkarnain Awang-orang Bachok Kelantan (hero buang kerja orang), Ibrahim Ali ditulis sebagai seorang ulama terkenal, Rahim Thamby Chik, Shazril Eskay, Shuib Lazim, Saiful Bukhari Azlan, Naib Johan Jaafar, Noh Gadut, Rais Yatim, Musa Kelabu, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang lagi. Mereka inilah yang bakal tercatat dalam buku sejarah peringkat tinggi sebagai hero yang mempertahankan kedaulatan negara dari pengkhianat seperti Mat Sabu, Lim Guan Eng, dan beberapa tokoh yang sangat juak. Watak antagonis ini akan dikenali sebagai musuh utama negara yang disambut pada setiap hari kemerdekaan negara pada masa depan.
Inilah kisah yang bakal diceriterakan oleh blogger-blogger UMNO seperti Taiping Mali yang risau jika orang kepoh pasal perdana menterinya lari di hari kebangsaan, sebaliknya kecoh pasal seorang yang mati ditembak oleh penembak curi dalam misi kemanusiaan ke Mogadishu. Padahal itu semua tak perlu dihebohkan sebab yang empunya diri beriya-iya nak pergi ke tempat seperti itu untuk mencari nama dan pangkat sendiri sahaja di samping dapat meningkatkan imej negara di mata dunia sebagai satu kurikulum tersembunyi sahaja. Hampeh. Sekurang-kurangnya dapatlah duit pampasan dan berbagai anugerah untuk dikenang dan tercatat dalam sejarah negara sebagai seorang pemberani dan sebagainya.
Kesimpulannya antara pejuang-pejuang yang ditulis dan tercatat dalam lipatan sejarah negara tidak semuanya tepat sebagaimana selayaknya. Jadi lebih baik juga jika mata pelajaran sejarah dihapuskan, apa tidaknya jika buku sejarah tersebut hanya memaparkan wajah-wajah penipu negara sahaja. Lebih baik generasi akan datang tidak tahu asal-usul mereka jika semuanya hanya satu putar belit dan sandiwara kerajaan UMNO sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan